web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketahui Talian Kecemasan Hospital Berhampiran Kediaman Anda, Jangan Salah Dail 999

Amat penting untuk orang ramai mendapatkan bantuan perubatan ketika kecemasan atau segera ke jabatan kecemasan berhampiran jika keadaan memerlukan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 6:54PM

Orang ramai perlu mengetahui cara memberikan bantuan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sampai ke hospital berdekatan. gambar SMCV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda bahawa 59 peratus kematian akibat kecederaan sewaktu kecemasan boleh dielakkan sekiranya pertolongan dan rawatan diberikan lebih awal? Memang diakui insiden kecemasan sering berlaku secara tiba-tiba, meninggalkan sedikit ruang dan masa untuk kita bertindak.

Walaupun bukan semua orang memiliki ilmu penjagaan kesihatan, adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan pertolongan cemas atau lebih dikenali dengan istilah ‘first-aid measures’ bersesuaian dengan situasi kecemasan yang bakal dihadapi.

Sperti diketahui rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan talian kecemasan 999, namun berapa ramaikah di antara kita yang tahu nombor jabatan kecemasan hospital terdekat apabila berlakunya kecemasan perubatan? Ini kerana ketika saat-saat genting seperti ini, setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Dalam usaha menangani isu ini dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan kempen bagi memperkasa dan menambah pengetahuan orang ramai berhubung maklumat penting yang boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Melalui kempen ‘Save a Number, Save a Life’, SMCV berhasrat mendidik rakyat Malaysia mengenai  kepentingan mengetahui nombor jabatan kecemasan institusi penjagaan kesihatan berhampiran mereka.

Dengan objektif untuk memupuk budaya kesiapsiagaan, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan maklumat mengenai pengurusan kecemasan perubatan.

Pusat Perubatan Sunway Velocity. gambar SMCV
Pusat Perubatan Sunway Velocity. gambar SMCV

Mendekati Komuniti

Untuk mengenalpasti tahap kesedaran orang ramai, SMCV juga akan turun padang untuk menjalankan sesi temu bual jalanan di sekitar Kuala Lumpur untuk menilai tahap kesedaran orang ramai mengenai nombor jabatan kecemasan hospital di sekitar mereka.

Temu bual ini juga direka bentuk untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai nombor yang tepat untuk dihubungi dalam situasi kecemasan, serta kesediaan mereka dalam menyimpan nombor telefon hospital atau institusi penjagaan kesihatan terdekat di dalam telefon mereka.’

Pada masa sama, bagi memupuk kesedaran yang lebih baik,  sebuah trak mudah alih ‘Save a Number, Save a Life’ juga akan mengunjungi pelbagai komuniti dan kejiranan di sekitar Kuala Lumpur untuk memberikan maklumat lanjut mengenai kempen ini.

Selain itu, SMCV juga akan memperkenalkan aplikasi web kempen yang akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai objektif kempen serta ‘E-Buku Pertolongan Cemas’ yang mengandungi tips dan nasihat penting ketika berdepan dengan kecemasan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SMCV, Susan Cheow menekankan kepentingan kempen ini dan menyatakan: "Pada saat Pusat Perubatan Sunway Velocity berkembang menjadi antara penyedia penjagaan kesihatan tertiari yang dipercayai masyarakat, komitmen kami untuk menjaga komuniti kekal tidak berbelah bahagi.

“Kempen ini membuktikan  komitmen kami untuk menyebarkan ilmu pengetahuan penjagaan kesihatan yang mampu menyelamatkan nyawa orang ramai. Kami berusaha untuk terus memberi sokongan kepada orang ramai dan sedia membantu pada bila-bila masa dan ketika diperlukan.”

Trak mudah alih akan mengunjungi komuniti sekitar Kuala Lumpur. gambar SMCV
Trak mudah alih akan mengunjungi komuniti sekitar Kuala Lumpur. gambar SMCV

Katanya, walaupun nombor kecemasan hospital mungkin tidak sentiasa berada di fikiran atau dijadikan keutamaan, SMCV menyedari bahawa memberikan maklumat penting ketika berdepan situasi kecemasan serta menjadikannya mudah diakses adalah sangat penting supaya orang ramai tahu apa yang perlu dilakukan mereka sementara menunggu ketibaan ambulans.

Dr Lim Fang Jen, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan SMCV pula berkata:  "Menerusi kempen 'Save a Number, Save a Life', kami berharap ia dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai langkah pertolongan cemas yang tepat pada masanya boleh memberikan hasil rawatan lebih baik.

“Matlamat kami juga adalah untuk mendidik individu mengenai langkah pertolongan cemas penting yang perlu dilakukan semasa menunggu ketibaan ambulans atau sebelum menerima rawatan di hospital.

“Dengan melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan perubatan yang mampu menyelamatkan nyawa, kami berhasrat supaya orang ramai mampu segera bertindak secara berkesan untuk meminimumkan risiko dalam senario kecemasan.

Bagi memahami kempen ‘Save a Number, Save a Life’ dan menerokai pelbagai inisiatifnya, layari aplikasi web kempen SMCV. Ia menyediakan set maklumat dan sumber penting bagi menerangkan objektif kempen dan usaha berterusan SMCV untuk menggalakkan budaya kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, semua orang digalakkan untuk menyertai SMCV dalam misi penting ini untuk memupuk komuniti yang berpengetahuan ketika berdepan dengan kecemasan perubatan dengan, sekali gus lebih proaktif ketika bertindak.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my atau laman Facebook Sunway Medical Velocity. - Getaran, 25 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh