web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 2:00PM

Kesemua pelajar terlibat diugut akan digantung sekolah jika berterusan melakukan perbuatan tersebut. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang guru kanan sebuah sekolah didakwa bertindak keterlaluan, apabila mengadakan pemeriksaan mengejut hanya untuk menghukum pelajar yang memiliki tabiat mencederakan diri sendiri.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter, yang turut mendakwa, kesemua pelajar terlibat diugut akan digantung sekolah jika berterusan melakukan perbuatan tersebut.

Pelajar tersebut berkata, pemeriksaan berkenaan pada dasarnya adalah satu langkah pencegahan yang baik jika guru berjawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) itu tidak terus mengambil pendekatan menghukum.

Jelasnya, tabiat mencederakan diri sendiri adalah masalah psikologi yang memerlukan rawatan dan terapi pakar kesihatan.

“Tidak berkaitan tapi sekolah saya mengadakan pemeriksaan mengenut semalam untuk mengesan pelajar yanv mempunyai parut kerana mencederakan diri. Ia adalah usaha yang baik sebelum PKHEM itu mengugut akan menggantung persekolahan pelajar terlibat ,” ciapnya. 

Dia yang jelas kecewa dengan keadaan itu berkata, PKHEM terbabit turut mengambil gambar parut setiap pelajar terlibat, yang kemudian diedar dalam kumpulan sembang di aplikasi Telegram.

“Segelintir guru dalam kumpulan berkenaan menunjukkan pula semua gambar itu kepada rakan guru yang lain.

“Mereka turut menuduh kumpulan pelajar terlibat sebagai laparkan perhatian dan sengaja mencederakan diri sendiri kerana terikut dengan trend di TikTok,” katanya.

Dakwa remaja itu lagi, dia pernah bercerita mengenai keadaannya yang bergelut dengan masalah psikologi tersebut kepada guru terbabit,

“Pergi jahanam semua guru ini, tak seorang pun yang boleh dipercayai,” katanya.

Pelajar itu memberitahu, guru terbabit seharusnya mencari punca yang menyebabkan semua pelajar berkenaan terjebak dalam permasalahan tersebut, dan mengenal pasti faktor utama mendorong mereka berbuat demikian.

“Saya bercakap dengan empat daripada mereka (pelajar). Tiga memiliki masalah keluarga, seorang lagi menjadi mangsa cabul bapa tiri. 

“Ni bukan ikut trend mangkaq, mereka memerlukan bantuan,” katanya.

Tegas remaja itu, pihak sekolah seharusnya menghubungi ibu bapa pelajar dan memastikan anak mereka memperoleh rawatan perubatan dengan segera.

“Tubuhkan kumpulan sokongan, ajar kaedah lain untuk menenangkan diri supaya mereka tidak lagi mencederakan diri sendiri, beri mereka tempat perlindungan.

“Aku triggered sampai gigil rasa nak cut kat sekolah tadi. Dalam kepala, aku bayangkan 10 cara berbeza untuk menyakiti guru-guru ini atas perbuatan mereka dan apa yang mereka katakan. Tak mengapa kalau tak tahu, tapi belajar dan jangan jadi sampah,” tegasnya.

Tinjauan Getaran di ruangan komen mendapati, perbuatan PKHEM terbabit menerima kecaman ramai netizen.

Seorang pengguna dikenali sebagai N menerusi akaun @blushpinkpeonyy berkata, beliau sendiri sebagai guru amat tidak menyukai pendekatan digunakan segelintir guru veteran dalam menangani permasalahan dihadapi pelajar.

Me as a teacher sgt (sangat) tak suka guru-guru veteran, boomers etc. They lack of awareness abt (about) mental health. Cara kerja pun dh (dah) boleh nmpk. Sedih bila kata-kata tak dijaga, boleh menyakitkan hati anak-anak murid,” ciapnya.

Pandangannya dipersetujui seorang pengguna lain, dikenali sebagai Name.

Menggunakan akaun @FarahZzarah, dia berkata, ibunya yang juga seorang pesara guru turut menyatakan bahawa perbuatan PKHEM terbabit amat keterlaluan.

“Itu cikgu b*d*h, baca tweet ni dpn (depan) mak yg (yang) pencen cikgu tahun 2016, siap ckp (cakap) “benda ni tak boleh berlaku, salah ni. Mmg (Memang) kena PKHEM,” katanya.

Seorang lagi pengguna di akaun @Malacire berkata, sejumlah besar guru di negara ini masih menggunakan kaedah mengajar yang sudah ketinggalan zaman.

“Selain menggunakan kaedah pengajaran yang sudah ketinggalan zaman, guru di Malaysia juga tidak mempunyai kemahiran dalam aspek kaunseling pelajar.

“Mereka gunakan cara mereka dididik dahulu. Saya keluarkan anak perempuan saya dari sekolah harian dan berusaha keras untuk membayar yuran sekolah swasta untuknya. Dan ia amat berbaloi!” ciapnya. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad