Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2024 9:01PM

Dr Rohan Shah Ahmad - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di sini hingga mengakibatkan kematian Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, ia berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.

"Mangsa kemudian dipukul hingga mati. Bagaimanapun polis mash menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam dilaporkan Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama di Kolej Vokasional pada 6.50 pagi, dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan.

Sementara itu, Rohan Shah berkata 13 pelajar lelaki kolej vokasional tersebut berumur antara 16 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut semalam, telah direman enam hari seperti dibenarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

"Polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek bagi membantu siasatan dan kesemua suspek didapati bebas penyalahgunaan dadah," katanya.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan 12 saksi bebas terdiri daripada empat warden asrama, pengawal keselamatan serta beberapa pelajar kolej terbabit. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 22 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 12 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman