web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wira Merah Turut 'Beraksi' Di LIMA 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 12:06PM

Ahmad Izram Osman berkata anggota yang terlibat adalah dari Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang sudah mula diatur gerak dalam menyediakan pelbagai aktiviti pada pameran itu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 200 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga untuk menyertai dan menghadapi sebarang kes kecemasan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang berlangsung bulan depan.

Pengarah Bahagian Ope­rasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata anggota yang terlibat adalah dari Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang sudah mula diatur gerak dalam menyediakan pelbagai aktiviti pada pameran itu.

Menurutnya, selain mempamerkan aset darat, laut dan udara, JBPM juga akan membawa peralatan operasi terutamanya pada operasi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor dan gempa bumi di Turkiye.

"Kali ini kita akan membawa tema yang mempamerkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan seperti di Batang Kali, Selangor dan Turkiye … ini termasuk membawa tiga anjing pengesan antaranya Denti dan Frankie yang menyertai misi SAR sebelum ini.

"Selain menyertai pameran, JBPM akan bersiap sedia dalam kes kecemasan terutamanya di laluan yang melibatkan demonstrasi contohnya seperti yang berlaku pada LIMA 2015 apabila pesawat KT-1B Jupiter Aerobatik Team Indonesia terhempas di Kampung Gelam Mukim Kedawang, Langkawi ketika latihan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ahmad Izram berkata LIMA 2023 juga akan menyaksikan satu memorandum persefahaman yang akan ditandatangani bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli membabitkan penggunaan helikopter ambulans pertama yang dinamakan Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS).

Beliau berkata EMARS digunakan untuk pemindahan mangsa dari hospital ke hospital dan memudahkan ketersampaian perkhidmatan kepada penduduk di kawasan pedalaman khususnya komuniti Orang Asli yang diketahui sukar untuk menggunakan laluan darat.

LIMA 2023 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei di Langkawi, Kedah.

Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Ketahui Talian Kecemasan Hospital Berhampiran Kediaman Anda, Jangan Salah Dail 999

3

Politik 2 tahun yang lalu

Lebih 39,000 Anggota Tentera Darat, Pasangan Undi Awal Pada 8 Ogos

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Helikopter JBPM, 7 Individu Dalam Keadaan Stabil - CAAM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek