web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 39,000 Anggota Tentera Darat, Pasangan Undi Awal Pada 8 Ogos

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 5:36PM

Seorang pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di sebuah pusat mengundi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -- Lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan, terbabit dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata daripada jumlah itu, lebih 29,000 orang terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala lebih 9,000 orang terdiri daripada pasangan mereka.

“Nasihat saya, pilihlah calon yang dilihat dapat mentadbir negeri dengan baik...masing-masing ada pilihan sendiri, tepuk dada tanya selera.

“Kita tidak paksa anggota atau pegawai TDM untuk mengundi calon tertentu,” katanya kepada pemberita selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak di sini, hari ini.

Raja Muda Selangor, Kapten Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyertai UKM TD 2023, selain turut disertai Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, TDM sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan Op Neraca di enam negeri terbabit, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sepanjang PRN berkenaan berlangsung di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi mengenal pasti lokasi panas di enam negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau situasi yang boleh menggugat ketenteram awam, dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi terlibat.

Terdahulu, mengulas berkenaan UKM TD 2023, Mohammad berkata 715 pegawai dan anggota daripada formasi pemerintahan dan divisyen, menyertai pertandingan UKM TD 2023 yang berlangsung bermula 21 Julai hingga hari ini.

Beliau berkata UKM TD adalah acara pertandingan menembak dwitahunan, yang bertujuan menilai kemampuan dan tahap kemahiran anggota TDM dalam aspek pengendalian senjata secara individu dan berkumpulan.

“Pertandingan ini juga medan terbaik untuk TDM melahirkan jaguh menembak, yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TDM dalam pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).

“Secara tidak langsung, ujian ini mempamerkan kredibiliti TDM yang sentiasa bersiap sedia dan komited dalam menggalas tugas utama, iaitu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

UKM TD 2023 terbahagi kepada dua kategori iaitu acara wajib antaranya Raifal Lelaki, Pistol Lelaki, Senjata Bantuan, Lorong Hutan dan Serangan Seksyen, manakala bagi kategori sampingan pula ialah acara Raifal dan Pistol Wanita, Pegawai Kanan dan Pegawai Muda, Sniper serta Jatuh Piring. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli, Dera Anggota Bawahan: 41 Pegawai, Anggota Tentera Diberhentikan Sejak 2019 - PTD

2

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

3

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar