web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buli, Dera Anggota Bawahan: 41 Pegawai, Anggota Tentera Diberhentikan Sejak 2019 - PTD

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2025 6:29PM

Muhammad Hafizuddeain Jantan menyantuni anggota pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini - Gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seramai 41 pegawai dan anggota tentera darat telah diberhentikan daripada perkhidmatan kerana terlibat dengan kes buli dan penderaan yang membabitkan anggota bawahan sejak 2019, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 12 pegawai dan 29 anggota lain-lain pangkat.

"Kita tidak akan kompromi langsung (dengan kes buli) sama ada melibatkan pegawai sendiri ataupun anggota-anggota bawahan," katanya kepada pemberita meninjau ke kawasan Operasi Briged Kelapan (8 Briged) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O, Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian buli atau penderaan merupakan satu pengkhianatan kepada pasukan, dan Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mengambil ringan berhubung perbuatan itu, malah menganggap setiap anggota bawahan sebagai saudara yang wajib dilindungi.

"Insiden yang menimpa Prebet Muhammad Muqriz Aseri amat dikesali dan memberi kesan besar kepada institusi ketenteraan. Saya amat kesal dan bersedih dengan kejadian yang menimpa Allahyarham (Muhammad Muqriz). Ini satu-satunya kejadian yang benar-benar memberi kesan kepada TDM," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Muqriz, 21, dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Sarawak meninggal dunia pada 24 Mac akibat trauma tumpul pada dada.

TDM dalam kenyataan mengesahkan telah menerima laporan insiden kematian anggotanya itu yang memaklumkan, trauma tumpul pada dada merujuk kepada hentakan kuat di bahagian badan berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan pada jantung.

Muhammad Hafizuddeain berkata, kedua-dua anggota yang disyaki terlibat dalam kes itu telah direman hingga 9 April ini bagi membantu siasatan, dan Lembaga Siasatan TDM turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti perintah tetap dan prosedur pasukan.

Sementara itu merujuk kepada kes seorang anggota tentera darat yang didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini terhadap pertuduhan kes menumbuk seorang pemandu wanita di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan, beliau berkata anggota berkenaan masih bertugas seperti biasa.

Beliau berkata sepanjang tempoh siasatan, anggota terbabit tidak dibenarkan campur tangan dalam sebarang urusan berkaitan kes itu sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai sepenuhnya.

"Anggota itu masih lagi dalam pasukan dan kita telah mengambil tindakan serta memberi nasihat sewajarnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Lebih 39,000 Anggota Tentera Darat, Pasangan Undi Awal Pada 8 Ogos

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tentera Darat Nafi Kenyataan Tular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad