web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tentera Darat Nafi Kenyataan Tular

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 7:04AM

Gambar Facebook Tentera Darat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD) (Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain) membenarkan Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

TDM menjelaskan kenyataan PTD telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.

“Dalam artikel bertarikh 6 Nov 22, memetik kenyataan ‘Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15’ telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut ‘TETAPI SAYA BENARKAN MANTAN MENTERI PERTAHANAN MASUK BERKEMPEN DI DALAM MANA-MANA KEM TENTERA DARAT DIA BERTANDING’. 

“Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp, adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan fake news (berita palsu). TDM memandang serius isu ini dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan dilihat mempunyai unsur tidak baik oleh pihak yang terbabit,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut TDM, PTD dalam kenyataannya semasa sidang media di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini hanya memperingatkan anggota tentera tidak boleh terlibat secara langsung termasuk turun padang berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“...ini kerana dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan kepada anggota ATM. Malah turut menyatakan bahawa setiap anggota berhak untuk mengundi dan memilih siapa sahaja dalam PRU15 bagi menentukan masa depan negara. 

“TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau cuba memprovokasi melalui penyebaran berita yang tidak benar yang akan menjejaskan nama baik TDM amnya dan nama baik PTD khususnya,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, TDM menyeru agar semua pihak berhati-berhati dalam menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang diterima dan disarankan agar menyemak dahulu kesahihan sesuatu sumber berita sebelum disebarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli, Dera Anggota Bawahan: 41 Pegawai, Anggota Tentera Diberhentikan Sejak 2019 - PTD

2

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad