web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Mahu Dilihat Sebagai Bias Dan Berat Sebelah - Dr Ahmad Idham 

Sebagai calon Parlimen Port Dickson untuk Parti Gerakan Tanah Air, Idham ingin dilihat sebagai seorang calon yang berwibawa yang mampu fokus terhadap masalah dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 2:00PM

Ahmad Idham dilantik sebagai calon Parlimen Port Dickson untuk Parti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - Gambar Ahmad Idham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai ‘bais’ dan berat sebelah”, demikian penegasan pengarah dan pelakon Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri berhubung pengumuman yang dibuat terhadap pelantikannya sebagai calon Parlimen Port Dickson untuk Parti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, sebagai calon Parlimen, sasarannya tidak hanya tertumpu kepada satu komuniti sahaja, sebaliknya ia disasarkan kepada keseluruhan rakyat dan penduduk di Port Dickson.

Ahmad Idham bersama Pengerusi GTA Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. - Gambar Ahmad Idham
Ahmad Idham bersama Pengerusi GTA Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. - Gambar Ahmad Idham

“Ketika ini saya diberikan amanah besar sebagai calon P132 Parlimen Port Dickson oleh Pengerusi Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad selaku Pengerusi GTA dan kini saya ingin dilihat sebagai seorang calon yang berwibawa dan yang mampu fokus terhadap masalah dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya. 

“Saya juga ingin dilihat sebagai seorang ahli politik yang atau calon yang menitik berat keperluan rakyat terutamanya golongan istimewa. 

“Saya tidak lupa  juga kepada industri perfileman. Saya akan turut membawa isu industri perfileman namun ia bukan menjadi agenda utama saya dalam PRU-15 ini,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Idham, antara perkara utama yang sedang diperjuangkannya adalah kestabilan ekonomi, penyelesaian permasalahan utama, menggerakkan aktiviti pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam serta menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas.

Sementara itu, sebagai kali pertama menjadi calon Parlimen pada PRU-15, Idham berkata, ia adalah satu peluang yang diberikan atas segala usaha dan kerja kerasnya dalam membentuk satu komuniti yang jitu, peka dan prihatin terhadap golongan istimewa.

Ahmad Idham bersama rakan seperjuangan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga calon GTA Sabak Bernam. - Gambar Ahmad Idham
Ahmad Idham bersama rakan seperjuangan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga calon GTA Sabak Bernam. - Gambar Ahmad Idham

“Secara jujurnya, sebelum ini saya tidak pernah terlibat secara langsung sebagai seorang calon, namun sesetengah ahli-ahli politik pernah datang bekerjasama, tetapi hanya untuk agenda mereka tersendiri ketikaa musim PRU.

“Sudah  banyak kali perkara seperti ini terjadi dengan NGO kami dan saya sendiri kecewa dengan sikap ahli-ahli politik serta parti-parti politik yang hanya menggunakan kami sebagai penarikan utama kempen PRU mereka.

“Malah kami juga pernah dikhianati golongan politik yang tidak pernah menepati janji mereka kepada kami. Justeru itu peluang sebagai calon P132 Parlimen Port Dickson, ia  adalah satu kurniaan kepada saya dan ‘best time do it all by myself’,” ujarnya.

Tambah Idham, dia sentiasa berpegang kepada bicara gerak kerja lebih bermakna berbanding hanya ungkapan kata-kata.

“Saya sentiasa percaya ‘action speaks louder than word’ dan hasil usaha saya bersama NGO bagi komuniti istimewa selama ini telah menjayakan hasrat kami dengan peluang sebesar ini.

“Jadi saya sentiasa berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan amanah ini dengan baik kepada masyarakat,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

4

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN