web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 12:23PM

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.

Beliau berkata, individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.

"Kesemua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.

"Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakauan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk wang yang didermakan dan ke mana ia dibelanjakan sama ada ia benar-benar disalurkan untuk kebajikan rakyat Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Anti-Korupsi Antarabangsa 2023, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Azam berkata, pengarah dan pengurusan NGO berkenaan memberikan kerjasama yang baik.

Beliau turut menjelaskan bahawa SPRM mengambil langkah proaktif untuk menjalan siasatan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Minggu lepas, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis menarik balik kebenaran kutipan derma oleh NGO terbabit di surau dan masjid di negeri itu, selepas pihaknya menerima pelbagai aduan terhadap pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Azam berkata, siasatan berhubung percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta melibatkan sebuah kementerian secara rundingan terus, masih berjalan.

“Saya serahkan siasatan kepada pegawai penyiasat SPRM," katanya serta menambah setakat ini pihaknya belum lagi memanggil bekas menteri pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bagi membantu siasatan.

Dilaporkan, SPRM telah menahan dua individu berhubung siasatan membabitkan percetakan buku itu. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar