web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daripada Wanita Ular Kepada Ratu Kuasa Gelap, Mouni Roy Kini Jadi Sebutan Di Bollywood

Mouni Roy mengecapi kejayaan sebagai pelakon filem selepas membawakan watak Junoon dalam Brahmastra.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 7:00PM

Ramai pengkritik dan peminat filem yang memuji lakonan Mouni dan berharap dia akan kembali dalam Brahmastra. - Gambar dari Instagram Mouni Roy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ramai pelakon drama bersiri Bollywood yang berjaya mengecapi kejayaan menerusi layar filem dan Mouni Roy adalah salah seorang daripadanya.

Daripada skrin kecil ke skrin besar, pelakon yang membintangi filem Brahmastra ini telah mengikut jejak langkah Datuk Shah Rukh, Sushant Singh Rajput dan Irfan Khan apabila berjaya memperolehi watak yang penting dalam filem arus perdana.

Namun, bagaimana agaknya reaksi peminat tegar Mouni yang selama ini mengikuti persembahan lakonannya di dalam drama bersiri popular, Naagin, menerima dirinya sebagai Junoon dalam Brahmastra?

“Peminat saya sangat menyayangi diri saya dan mereka sangat setia dengan saya dan telah memberikan sokongan kepada saya sepanjang 16 tahun.  

“Saya juga menyayangi mereka. Saya mungkin tak sempat membaca semua komen mereka dan membalasnya satu persatu, tetapi saya ingin memberitahu mereka bahawa saya berhutang hidup dan kerjaya saya kepada peminat saya.  

“Mereka telah memberikan kasih sayang mereka kepada saya tanpa syarat dengan mengambil banyak masa untuk memikirkan tentang saya, menulis untuk saya, membuat video untuk saya, ia sejenis kasih sayang yang berbeza,” katanya.  

Mengulas mengenai reaksi peminat terhadap perbezaan watak Junoon dalam Brahmastra dengan Naagin, Mouni berkata, apa sahaja watak baharu yang dilakukannya, dia pasti akan meminta kembali kepada peminatnya untuk meminta kasih sayang daripada mereka itu.

“Saya tidak mahu mereka memberikan kasih sayang kepada saya untuk Naagin dan Junon sahaja, tetapi saya mahu mereka memberikan kasih sayang terhadap apa sahaja yang saya lakukan.

“Sama ada saya mereka lebih menggemari saya sebagai Junoon atau Naagin, masih terlalu awal untuk mengatakannya tetapi mereka sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Filem Brahmastra Part 1 Shiva benar-benar melonjakkan nama Mouni Roy. Ramai pengkritik dan peminat filem yang memuji lakonannya dan berharap dia akan kembali dalam Brahmastra Part 2 - Dev yang akan menampilkan kemunculan Dev bersama Amritha.

Ditanya sama ada dia akan muncul dalam bahagian kedua filem itu, Mouni Roy berkata, dia memang mengharapkan perkara itu akan terjadi.  

“Tapi, saya sendiri tidak tahu tentang hal ini. Anda kena tanya sendiri Ayan (pengarah) untuk membawa dia (Junoon) kembali semula,” katanya.  

Sebelum ini, pengarah Brahmastra, Ayan Mukherji dilaporkan tertarik untuk mengambil Mouni Roy berlakon sebagai Junoon selepas melihat lakonannya dalam Naagin.

Dalam perkembangan lain, Mouni Roy juga bakal membintangi dua buah filem terbaharu, namun mengambil keputusannya untuk tidak menguar-uarkannya terlebih dahulu. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ranbir Kapoor Bengang Bila Diminta Pengarah Untuk Promosikan Brahmastra Di Platform OTT 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Sangat Bergantung Kepadanya - Ranbir Kapoor Tidak Mandi Atau Makan Jika Alia Bhatt Tiada

3

TARA 3 tahun yang lalu

Filem 'Brahmastra' Terus Terima Kecaman, Namun Berjaya Raih Kutipan Yang Baik Pada Hari Pertama Tayangan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Cetus Kontroversi, Filem Pertama Lakonan Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor, Brahmastra Cukup Dinantikan 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas