web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ranbir Kapoor Bengang Bila Diminta Pengarah Untuk Promosikan Brahmastra Di Platform OTT 

Filem Brahmastra yang dibintangi Ranbir Kapoor, Alia Bhatt dan Mouni Roy bakal ditayangkan di platform OTT iaitu Disney Plus Hotstar pada 4 November ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:39PM

Ranbir Kapoor - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Brahmastra yang dibintangi Ranbir Kapoor, Alia Bhatt dan Mouni Roy bakal ditayangkan di platform OTT iaitu Disney Plus Hotstar pada 4 November ini. 

Walaupun sebelum ini, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt dan Mouni Roy telah menjelajah beberapa kota untuk mempromosikan Brahmastra sewaktu filem ini ditayangkan di pawagam, namun mereka juga perlu melakukan promosi untuk platform penstriminan tersebut. 

Bagaimanapun saat dipanggil pengarah Ayan Mukerji untuk menjayakan promosi filem Brashmatra, Ranbir Kapoor bertindak seperti acuh tidak acuh. Mungkin juga dia sudah bosan atau muak melakukan promosi yang sama untuk filem tersebut. 

Namun, dalam keadaan terpaksa, dia cuba melakukannya dialog promosi Brahmastra sehingga terlupa menyebut perkataan ‘worldwide blockbuster’. 

Apabila ditegur oleh Ayan, Ranbir mula mengomel. Tapi, dia tetap cuba melakukannya seperti apa yang dipinta Ayan. 

Sekali lagi Ayan menegurnya memintanya dia untuk melakukan dialog promosi Brahmastra itu dengan bersungguh-sungguh. 

Teguran Ayan itu membuatkan Ranbir benar-benar berasa bengang. Dia kemudian mencabut mic di telinganya dan memberitahu dia sudah selesai dan mampu melakukan serta berkata apa yang dia mahu sambil berlalu pergi. 

Ayan Mukerji cuba memanggilnya semula tetapi tidak dipedulikan Ranbir. Ayan juga telah berkongsi video rakaman tersebut menerusi instagramnya. 

Rata-rata netizen menganggap kandungan video tersebut sebagai sesuatu yang melucukan, bahkan Alia Bhatt sendiri turut meninggalkan emoji ketawa di dalam ruangan komen. 

Mungkinkah ini juga salah satu cara yang sememangnya dirancang Ayan untuk mempromosikan Brahmastra di platform OTT Disney Plus Hotstar? – Getaran, 4 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktres Alia Bhatt Dikecam Kerana Dianggap Tidak Profesional Sewaktu Diwawancara Bersama Gal Gadot Tentang ‘Heart Of Stone’

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktres Gal Gadot Ucap Tahniah Buat Alia Bhatt Sempena Kelahiran Bayinya, Jayakan Filem  Bersama Untuk Netflix 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenapa Pelakon Bollywood, Alia Bhatt Meraikan Hari Diwali Di Atas Katil?

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Daripada Wanita Ular Kepada Ratu Kuasa Gelap, Mouni Roy Kini Jadi Sebutan Di Bollywood

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas