web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktres Alia Bhatt Dikecam Kerana Dianggap Tidak Profesional Sewaktu Diwawancara Bersama Gal Gadot Tentang ‘Heart Of Stone’

Filem 'Heart Of Stone' yang menampilkan Alia Bhatt sebagai antagonis akan ditayangkan di Netflix mulai 11 Ogos.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 6:22PM

Alia Bhatt - Gambar Instagram

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak tersebarnya treler filem Heart Of Stone yang diarahkan Tom Harper, ramai peminat Alia Bhat yang berasa teruja. 

Apa tidaknya, ia memberi petanda bahawa aktres yang sentiasa memberikan lakonan yang cukup mengesankan ini sudah bersedia untuk melakar nama di industri Hollywood melalui filem bergenre aksi perisikan tersebut. 

Saat ini, Alia bersama pelakon gandingannya Heart Of Stone iaitu Gal Gadot dan Jamie Dornan sedang sibuk melakukan promosi untuk filem tersebut. 

Sewaktu menjayakan jelajah Brazil bagi acara Tudum Netflix, ketiga-tiga mereka telah diwawancara oleh majalah People. 

Sedutan wawancara mereka tentang bagaimana cara mereka mengimbangi kerja dan kehidupan peribadi mereka sebagai pelakon telah dikongsi menerusi Instagram. 

Tetapi apa yang menarik perhatian pengikut Instagram adalah tingkah laku Alia Bhatt yang nampak kekok, gelisah serta tidak profesional sepanjang wawancara itu diadakan.

Wawancara itu dimulakan bersama Gal Gadot dan saat aktres Wonder Women itu menjawab soalan, Alia Bhatt pula dilihat telah memberikan riak wajah dan bahasa tubuh yang cukup janggal. 

Alia juga kelihatan tidak selesa kerana membongkok saat duduk di kerusi, kelihatan tidak berminat dengan wawancara tersebut dan adakalanya bermain dengan rambut dan kukunya. Dia juga kadang-kadang memberikan senyuman, namun kelihatan seperti dipaksa. 

Keresahannya tidak terlepas mata detektif pengguna media sosial, yang mengawal pelakon Brahmastra itu kerana gerak isyaratnya yang tidak sesuai.  

Antara komen netizen di Instagram
Antara komen netizen di Instagram

Tingkah lakunya itu sememangnya cukup disedari dan disebabkan itu pelakon Brahmastra ini pantas menerima kecaman hebat daripada pengikut sosial media tersebut. 

Seorang pengguna mengkritik: "Bahasa tubuh Alia pelik dan tidak begitu profesional”. 

Ada pula yang menyoal: “Mengapa ekspresi wajah Alia begitu janggal?”

Yang lain pula memberikan pendapat: “Alia berusaha keras untuk menyesuaikan diri tetapi gagal”.

Dari jet terbang ke sut glider, dan letupan berbahaya, pengarah Tom Harper dalam kenyataannya menjanjikan pengembaraan dan aksi yang hebat dalam Heart Of Stone.



Walaupun treler Heart Of Stone memberikan keterujaan dalam kalangan peminat Bollywood, namun beberapa peminat mengadu tentang tempoh masa Alia Bhatt yang singkat di dalam skrin filem tersebut. 

Menjawab reaksi tersebut, Alia berkata:

"Saya tidak terlalu bimbang tentang perkara itu kerana saya merasakan pada penghujung hari anda perlu memahami cerita itu dan bagaimana cerita itu membawa anda ke filem akhir. Itu sahaja yang penting."

Heart Of Stone akan menampilkan Alia Bhatt sebagai antagonis. Filem ini akan ditayangkan di Netflix mulai 11 Ogos. – Getaran, 29 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktres Gal Gadot Ucap Tahniah Buat Alia Bhatt Sempena Kelahiran Bayinya, Jayakan Filem  Bersama Untuk Netflix 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ranbir Kapoor Bengang Bila Diminta Pengarah Untuk Promosikan Brahmastra Di Platform OTT 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenapa Pelakon Bollywood, Alia Bhatt Meraikan Hari Diwali Di Atas Katil?

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Sangat Bergantung Kepadanya - Ranbir Kapoor Tidak Mandi Atau Makan Jika Alia Bhatt Tiada

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas