web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Sangat Bergantung Kepadanya - Ranbir Kapoor Tidak Mandi Atau Makan Jika Alia Bhatt Tiada

Ranbir dan Alia kini sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Alia sendiri yang mengumumkan kehamilannya pada bulan Jun selepas dua bulan mereka berkahwin.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 12:00PM

Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor - Gambar AFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda sudah menonton filem Brahmastra Part One – Shiva arahan Ayan Mukerji yang pertama kali menggandingkan Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor sebagai hero dan heroin di layar perak?

Di lokasi filem inilah mereka sebenarnya mula menjalinkan hubungan percintaan selama lima tahun, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada April lalu. 

Dalam filem ini, Alia memegang watak sebagai Isha yang mana watak Shiva yang dibawakan Ranbir tidak lengkap tanpa dirinya. 

Dalam satu wawancara bersama Navbharat Times, pasangan ini telah ditanyakan soalan sama ada mereka saling bergantung di antara satu sama lain atau tidak. 

Ini jawapan Ranbir: “Saya selalu bercakap besar mengatakan saya seorang yang sentiasa berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung pada orang lain. 

“Hakikatnya dan secara realiti, saya sebenarnya sangat bergantung kepadanya (Alia). Saya tidak akan mandi atau makan, jika saya tidak tahu di mana Alia berada. 

“Sangat penting bagi saya untuk dia sentiasa berada dengan saya. Tidak kisahlah jika kita tidak melakukan apa-apa yang romantik atau berbual sekalipun, tapi dia hanya perlu duduk di sebelah saya,” katanya. 

Hal ini diakui Alia. Kata Alia, “Memang benar Ranbir tidak dapat melakukan apa-apa tanpa dirinya. 

Ranbir dan Alia kini sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Alia sendiri yang mengumumkan kehamilannya pada bulan Jun selepas dua bulan mereka berkahwin

Bahkan, Alia turut berkongsi gambar sewaktu pertama kali mereka menghadiri temu janji untuk membuat imbasan ultrabunyi. 

Brahmastra, filem epik fantasi terbitan Dharma Productions milik Karan Johar ini telah pun meraih Rs 300 crore di seluruh dunia dan mengutip Rs184 crore di India pada hari kelapan ia ditayangkan di panggung. 

Pasangan selebriti suami isteri ini juga sekali lagi akan memegang watak sebagai Shiva dan Isha dalam Brahmastra Part Two - Dev. Namun, tarikh tayangannya masih belum diumumkan lagi. - Getaran, 19 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktres Alia Bhatt Dikecam Kerana Dianggap Tidak Profesional Sewaktu Diwawancara Bersama Gal Gadot Tentang ‘Heart Of Stone’

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktres Gal Gadot Ucap Tahniah Buat Alia Bhatt Sempena Kelahiran Bayinya, Jayakan Filem  Bersama Untuk Netflix 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ranbir Kapoor Bengang Bila Diminta Pengarah Untuk Promosikan Brahmastra Di Platform OTT 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenapa Pelakon Bollywood, Alia Bhatt Meraikan Hari Diwali Di Atas Katil?

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas