web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walau Cetus Kontroversi, Filem Pertama Lakonan Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor, Brahmastra Cukup Dinantikan 

Filem yang hampir diboikot kerana dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agam Hindu ini bakal ditayangkan di pawagam India dan beberapa negara lain bermula esok, 9 September. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:00PM

Gambar ihsan Firstpost.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengecapi kejayaan menerusi filem Gangubai diikuti dengan Darlings, kini peminat Alia Bhatt ternanti-nanti pula akan filem terbaharunya, Brahmastra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Suaminya, aktor Ranbir Kapoor sendiri menyifatkan Alia memiliki tahun terbaik dalam sejarah kerjaya pelakon. 

Aktor lagenda Amitabh Bachchan turut ditampilkan dalam Brahmastra. - Gambar dari IndiaGlitz
Aktor lagenda Amitabh Bachchan turut ditampilkan dalam Brahmastra. - Gambar dari IndiaGlitz

“Bayangkanlah, dia muncul dengan Gangubai, kemudian RRR, selepas itu Darlings dan sekarang ini pula Brahmastra. 

“Pilihan saya untuk filem terbaik lakonannya pastinya Gangubai. Tapi, saya mula menjadi peminat Alia sewaktu dia berlakon dalam filem keduanya, Highway. 

“Saya memang sangat teruja untuk menonton lakonannya dalam filem itu dan saya sebetulnya melihat sendiri proses suntingan filem tersebut. 

“Saat itu, saya tahu bahawa seorang aktor bakal dilahirkan dalam sinema India dan juga sinema dunia. 

“Saya tidak pernah melihat seorang aktor memberikan persembahan lakonan sebagaimana yang dilakukan Alia di dalam filem tersebut. Sejak itulah saya menjadi peminat besarnya,” kata Ranbir memuji isterinya. 

Alia yang mula diperkenalkan menerusi filem Student Of The Year pada 2012 sememangnya telah mengecapi perjalanan kerjaya yang cukup menarik dalam sinema Bollywood. 

Bahkan, dari sudut kehidupan peribadinya juga begitu, lebih-lebih lagi apabila dia kini disahkan hamil anak pertama bersama Ranbir. 

Filem Brahmastra arahan Ayan Mukerji buat kali pertama bakal menyatukan Alia dan Ranbir di layar perak dan mereka akan membawakan watak sebagai pasangan kekasih. 

Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Amitabh Bachchan, Mouni Roy dan Nagarjuna Akkineni, manakala Datuk Shah Rukh Khan akan muncul sebagai cameo. 

Alia dan Ranbir digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam Brahmastra. - Gambar ihsan iDiva
Alia dan Ranbir digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam Brahmastra. - Gambar ihsan iDiva

Brahmastra mengisahkan tentang seorang DJ yang mendapati dirinya mempunyai hubungan yang aneh dengan unsur api. Dia juga memiliki kuasa untuk membangkitkan Brahmāstra iaitu senjata ghaib yang dikatakan dapat memusnahkan alam semesta serta sekalian makhluknya. 

Sebaliknya, Junoon, ratu kuasa gelap juga dalam usaha untuk mendapatkan Brahmāstra. Bagaimana Shiva menggagalkan dan menghilangkan niat Junoon.

Filem yang pada awalnya mendapat tentangan agamawan dan masyarakat India serta hampir diboikot kerana dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu ini bakal ditayangkan di pawagam India dan beberapa negara lain bermula esok, 9 September, 2022. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.