web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Brahmastra' Terus Terima Kecaman, Namun Berjaya Raih Kutipan Yang Baik Pada Hari Pertama Tayangan

Filem arahan Ayan Mukherji yang menggandingkan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt di layar perak ini mencatatkan kutipan tayangan hari pertama sebanyak USD9,412,500.00 di seluruh dunia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 8:12PM

Ramai warga industri perfileman Bollywood yang berharap filem 'Brahmastra' akan dapat membuat kutipan pecah panggung yang luar biasa - Gambar Indianexpress.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya segala kontroversi yang tercetus sebelum ini mengenai filem Brahmastra, gandingan aktor Ranbir Kapoor bersama isteri, Alia Bhatt buat julung kali pertamanya di layar perak, tidak sia-sia langsung. 

Ini kerana Brahmastra arahan Ayan Mukherji telah pun mencatatkan kutipan filem yang cukup baik apabila meraih RS 75 crore (USD 9,412,500.00, RM42,350,835.00) sewaktu hari pertama tayangannya bermula di seluruh dunia pada Jumaat lalu dan angka itu dijangka akan terus meningkat sehingga hujung minggu ini. 

Produser filem ini iaitu Karan Johar tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya sehingga menulis di instagramnya, "Humbled… Grateful…but yet can’t control my excitement!"

Apapun, ramai warga industri perfileman Bollywood yang berharap filem ini akan dapat membuat kutipan pecah panggung yang luar biasa.

Babak dalam filem 'Brahmastra' - Gambar Fail
Babak dalam filem 'Brahmastra' - Gambar Fail

Sebelum ini, filem Gangubai Kathiawadi, Bhool Bhulaiyaa 2 dan The Kashmir Files, telah berjaya memecahkan rekod kutipan pecah panggung, tetapi tidak bagi filem-filem yang lain. 

Maka, Brahmastra diharap dapat memecahkan sumpahan kutipan pecah panggung ini dengan lebih baik lagi, biarpun ia sebuah filem yang disifatkan paling termahal dalam sejarah pembikinan sinema Hindi pabila melibatkan kos pembikinan sebanyak Rs 410 crore (USD 51,455,000.00, RM231,517,898.00). 

Sebelum ini, filem Thugs of Hindostan terbitan Yash Raj Films telah mencatatkan rekod sebagai filem termahal dengan kos pembikinan sebanyak Rs310 crore (USD38,905,000.00, RM175,050,118.00) 

Namun, kebanyakan pengkritik nampaknya tidak memberikan ulasan filem yang cukup baik buat Brahmastra. Malah, netizen di India juga masih meluahkan sentimen tidak puas hati mereka terhadap Brahmastra yang dianggap menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu. – Getaran, 11 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh