web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terpulang Nak Kata Apa, Saya Dan Aedy Ashraf Hanya Kawan Baik - Daiyan Trisha Tepis Gosip 

Daiyan memberitahu hubungannya dengan Aedy mula rapat sejak mereka sama-sama berlakon dalam drama Dee The Series. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:47PM

Daiyan dan Aedy menafikan khabar angin bahawa mereka bercinta. - Gambar Instagram Aedy Ashraf

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hubungan istimewa yang digembar-gemburkan antara penyanyi Daiyan Trisha dan pelakon Aedy Ashraf akhirnya terjawab apabila penyanyi itu menafikan desas-desus terbabit.

Daiyan ketika ditemui di sidang sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) menjelaskan, hubungan mereka memang rapat namun hanya sebagai rakan karib.

“Kami memang berkawan baik dan sudah lama kenal. Kami mula rapat selepas berlakon bersama-sama dalam drama Dee The Series. 

“Terpulang kepada orang untuk membuat spekulasi yang bukan-bukan dan saya tidak takut dikecam peminat kerana kami adalah rakan satu industri,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Daiyan turut menegaskan dia tidak berdua-duaan semasa pergi ke konsert Coldplay sebaliknya ditemani kawan-kawan yang lain. 

Gambar Instagram Aedy Ashraf
Gambar Instagram Aedy Ashraf

“Kami bukannya pergi berdua tetapi turut ditemani beberapa rakan. Lagipun kami ke sana secara berasingan. Saya ke London dari New York kerana ada urusan kerja, manakala Aedy pula dari Kuala Lumpur.

"Lagipun memang kami menonton konsert itu bersama, jadi kenapa saya perlu menyembunyikan perkara yang betul. 

“Saya memuat naik hantaran di laman sosial sekadar ingin berkongsi kegembiraan kerana dapat menonton konsert sebuah kumpulan yang memang sangat saya minati," tambahnya.

Dalam pada itu, Daiyan menerima berita gembira apabila lagunya, Penat hasil kolaborasi dengan Tuju berjaya membolosi dua kategori untuk AIM23.

“Pencalonan ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih bersemangat lagi untuk menghasilkan karya yang berkualiti di masa hadapan.

"Kalau ditanya harapan saya, semestinya saya ingin menang. Tapi saya sudah lebih daripada bersyukur apabila dipilih dalam lima yang terbaik,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nama Tersenarai Dalam Kempen Blockout2024, Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Sumbangan Kepada Palestine

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Boleh Tarik Nafas Lega, Nadhir Nassar Belum Ingin Bercinta, Mahu Fokus Kerjaya Dan Keluarga

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas