web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

Pasangan sama cantik sama padan ini telah membuat kejutan buat peminat mereka apabila muncul di dalam kempen haruman terbaru daripada Rizman Ruzaini selepas setahun tidak bertemu dan bekerjasama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 11:00AM

Amelia Henderson dan Aedy Ashraf - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Nak buat macam mana kalau dalam hati masih ada cinta." Mungkin ini adalah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan hubungan di antara dua pelakon terkenal, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson apabila cinta mereka kembali bertaut selepas setahun berpisah.

Kisah cinta mereka berdua pernah menjadi tajuk utama berita hiburan tempatan apabila Aedy pernah melutut dan melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya di satu acara terbuka. 

Namun, selepas seketika, tiba-tiba mereka dikatakan tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.

Terbaru, Aedy dan Amelia telah membuat kejutan kepada peminat mereka apabila muncul sebagai model bagi kempen haruman daripada Rizman Ruzaini selepas setahun tidak berjumpa dan bekerjasama.

Mereka berdua juga telah hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini pada minggu lalu.

Menjawab pertanyaan pihak media tentang status hubungan mereka kini, kata Aedy, memang benar kini mereka telah kembali bersama.

"Saya dengan Amelia pernah jadi kawan Istimewa. Dan sekarang ini kami telah kembali bersama.

"Amelia sangat-sangat baik. Kami sangat rapat dan telah kenal lebih dari dua tahun. Tak pasti tentang Amelia, tetapi saya sangat serius tentang hubungan ini," katanya.

Dengan kembali terjalinnya hubungan ini, semestinya peminat mereka berdua yang paling gembira dan teruja. Ruangan komen di foto Aedy dan Amelia dibanjiri dengan komen dan doa daripada peminat mereka. 

Tangkapan layar komen netizen
Tangkapan layar komen netizen

Aedy dan Amelia mulai rapat selepas mereka sama-sama terlibat sebagai pasangan hero dan heroin dalam drama Kisah Cinta Kita yang disiarkan pada tahun 2021. 

Semoga kali ini hubungan yang kembali terjalin ini akan tersimpul rapi dan membawa ke jinjang pelamin. - Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa