web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Boleh Tarik Nafas Lega, Nadhir Nassar Belum Ingin Bercinta, Mahu Fokus Kerjaya Dan Keluarga

Menurut Nadhir, ketika ini sukar untuknya membahagikan masa antara kerjaya, ibu bapa dan cinta.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 11:26AM

Kejayaan drama 'Projek High Council' dilihat telah mengangkat nama Nadhir Nassar ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga mencetuskan fenomena di kalangan peminat drama Melayu - Gambar Instagram Nadhir Nassar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya peminat-peminat kepada pelakon yang semakin menempa populariti, siapa lagi kalau bukan Nadhir Nassar boleh menarik nafas lega apabila dia masih belum mahu memikirkan soal cinta.

Melihatkan graf kerjaya seninya yang sedang menaik, soal cinta harus diketepikannya terlebih dahulu kerana mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan yang sangat dicintainya. 

"Buat masa sekarang memang saya tiada teman istimewa dan saya tidak mencari pun lagi. Saya rasa susah untuk saya bahagikan masa untuk kerjaya, ibu bapa dan cinta. 

"Saya rasa biarlah saya fokus kepada kerjaya dan ibu bapa saya terlebih dahulu. Saya juga masih tinggal dengan ibu bapa saya. Ini adalah waktu untuk saya bersama mereka. 

"Mungkin satu hari nanti bila semuanya sudah stabil, ketika itu barulah saya akan mencari cinta," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro. 

Sering kali dilihat mesra bersama Daiyan Trisha terutamanya di media sosial, kata Nadhir dia akui memang rapat dengan penyanyi dan aktres itu, namun hubungan mereka hanyalah sekadar teman dan bukannya kekasih.

"Daiyan ialah kawan baik saya sejak kami sama-sama terbabit dengan drama 'Projek Anchor SPM' lagi. Kalau ada yang kata kami bercinta tu, ia tidak benar," ujarnya. 

Nadhir Nassar dan Daiyan Trisha - Gambar Instagram Nadhir Nassar
Nadhir Nassar dan Daiyan Trisha - Gambar Instagram Nadhir Nassar

Kejayaan drama 'Projek High Council' dilihat telah mengangkat nama Nadhir Nassar ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga mencetuskan fenomena di kalangan peminat drama Melayu. Gelombang sokongan yang diterima oleh para pelakon drama ini sangat luar biasa. 

Ditanya bagaimana dia menerima situasi ini, kata Nadhir dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan selepas beberapa tahun bergelut untuk berada di tahap di mana dia berada sekarang. 

"Saya telah mencuba untuk menjadi pelakon sejak usia 19 tahun. Kini saya berusia 27 tahun. Lapan tahun saya mencuba untuk berada di dalam industri ini. Mungkin, orang lihat saya baru berlakon beberapa buah drama.

 "Alhamdulillah apa yang saya ada pada hari ini, saya sangat hargai. Apa yang saya rancang akhirnya tercapai. 

"Namun saya harus akui kita tidak akan berada di atas selama-lamanya. Jadi kita kena jaga dan kawal perkara ini," katanya. 


Wajah Nadhir juga telah dipilih untuk menjadi duta bagi kempen Ramadan dan Syawal untuk Astro bersama pelakon baru, Qasrina Karim. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nama Tersenarai Dalam Kempen Blockout2024, Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Sumbangan Kepada Palestine

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terpulang Nak Kata Apa, Saya Dan Aedy Ashraf Hanya Kawan Baik - Daiyan Trisha Tepis Gosip 

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Sekarang Saya Suka Baca Terjemahan Al-Quran” - Daiyan Trisha

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas