web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Sekarang Saya Suka Baca Terjemahan Al-Quran” - Daiyan Trisha

Pelantun lagu ‘Penat’ itu mengakui perasaan berada di tanah suci Makkah banyak mengubah caranya memandang kehidupan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 2:10PM

Sejak pulang dari kota suci Makkah, Daiyan Trisha mula rajin memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya - Gambar Instagram Daiyan Trisha

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbau kembali pengalamannya berada di kota suci Makkah, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha merasakan ia adalah sebuah perjalanan kerohanian yang menjadi kenangan terbaiknya sepanjang hidup.

Bukan itu sahaja, selepas berkesempatan ke sana, pelantun lagu 'Penat' itu juga mengakui mula rajin memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya.

“Saya sebenarnya segan untuk cakap. Macam tiba-tiba pula saya kongsikan perkara ini. Tapi selepas pulang dari Makkah, saya suka membaca terjemahan al-Quran.

“Berada di sana adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui Getaran. 

Walaupun Daiyan menjejakkan kaki ke tanah suci Ramadan lalu, namun kerinduannya kepada Makkah selalu ada di dalam hatinya, bahkan pelakon itu menyifatkan tanah suci adalah tempat paling indah yang pernah dilawatinya.

“Ada banyak perkara yang menginspirasikan saya. Sekarang, jika ada sesuatu ujian atau perkara yang membuat saya terluka, saya akan ingat kembali bagaimana perasaan saya ketika di Makkah. Perasaan itu tidak dapat saya jelaskan bagaimana, apa yang boleh saya katakan ia memang hadiah dari alam yang lain. 

“Perasaan itulah yang mengubah saya dan membuatkan saya meletakkan Allah sebagai keutamaan saya. Apa-apa yang ingin saya lakukan, saya hanya akan ingat kepada-Nya sahaja selepas ini,” tambahnya.

Selepas menjadi pelakon dan penyanyi, Daiyan turut mendedahkan bakal terjun ke bidang perniagaan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan. Seumur hidup saya, saya memang tidak pandai berehat. Ada sahaja perkara yang saya ingin dan akan lakukan. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mendapatkan passive income dengan terjun ke dalam bidang perniagaan,” tambahnya.

Terdahulu, Daiyan sekeluarga berkesempatan menjadi tetamu Allah dan menyempurnakan ibadah umrah bersama-sama. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 11 bulan yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.