web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Fizi Ali Tinggalkan Suria FM, Nafi Lupa Daratan Seperti Didakwa 

Khamis lalu adalah hari terakhir suara Fizi Ali berkumandang di radio Suria FM dan dia terkilan tidak dapat ucapkan selamat tinggal kepada pendengar selepas 6 tahun bersiaran.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 1:50PM

Fizi Ali - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya desas-desus mengenai penyampai Suria FM iaitu Fizi Ali yang dikatakan telah meninggalkan stesen itu terjawab apabila dia mengesahkan tentang kebenaran perkara itu.

Menerusi hantaran terbaru Fizi di Instagram, dia telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dia memulangkan semula kad pekerjanya.

“Terima kasih untuk semuanya. In Sha Allah bertemu lagi. 2016-2022. sign off”, tulisnya di bahagian kapsyen.

Getaran menghubungi Fizi untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini dan akhirnya dia mengakui bahawa Khamis minggu lalu adalah detik-detik terakhir suaranya berkumandangan di segmen Team Pagi Suria. 

“Saya letak jawatan sebagai penyampai Suria FM pada Khamis lalu. Dan tak sangka hari itu adalah hari terakhir saya ke udara bersama Suria FM.

“Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak sempat untuk membuat ucapan selamat tinggal kepada pendengar-pendengar Suria. 

“Saya ingatkan saya akan diberi kesempatan untuk bersiaran sehingga hujung bulan. Tetapi ini sudah kehendak pihak pengurusan. Jadi saya akur dengan keputusan mereka,” katanya kepada Getaran.

Jelas Fizi lagi, berdasarkan kontrak, perkhidmatannya sepatutnya tamat pada bulan Julai.

Namun, Fizi mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak kerana mempunyai perancangan lain. 

Ditanya adakah benar dia akan berpindah ke stesen radio Hot FM seperti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Fizi bagaimanapun belum bersedia untuk memaklumkan perancangan seterusnya.

“Saya nak berehat dulu. Insya Allah kalau ada rezeki, anda akan mendengar lagi suara saya di corong radio. Doakan yang baik-baik buat saya,” ujarnya.

Sepanjang enam tahun bersama Suria FM sejak 2016, Fizi akui stesen radio di bawah Star Radio Group itu mempunyai banyak jasa terhadap kariernya. 

“Sewaktu saya mendapat tawaran untuk menjadi penyampai di Suria FM, ketika itu saya masih bekerja sebagai pengutip buah di Australia. Namun, tawaran dari Suria FM merubah hidup saya sehingga menjadi seperti sekarang,” katanya. 

Dia turut mengimbas pengalaman mengendalikan segmen pagi bersama Halim Othman dan Zulin Aziz ketika itu. 

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Suria FM. Kami ibarat sebuah keluarga,” katanya yang mengalirkan air mata saat terakhir kali melangkah dari Suria FM. 

Disebabkan keputusannya berhenti dari Suria FM, ada cakap-cakap luar yang menyatakan bahawa Fizi sudah mula lupa daratan kerana meninggalkan stesen yang banyak berjasa kepadanya. 

Namun kata Fizi setiap manusia mempunyai perancangan yang lebih baik dalam hidup.

“Dalam hidup perlu ada perancangan untuk masa depan yang lebih baik. Saya juga ada berbincang dengan ibu dan bapa mengenai keputusan ini. Ibu sentiasa menyokong keputusan saya andai ini yang terbaik,” ujarnya. 

Selamat maju jaya diucapkan kepada Fizi Ali. Semoga ada rezeki yang lebih baik menanti di luar sana. – Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN