web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awie Konvoi Seluruh Semenanjung Bangkit Kesedaran Bahaya 'Scammer'

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 8:00PM

Mustafa Khan (kanan) bersama Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Ayub Yaakob (dua, kanan) melakukan ‘flag-off’ bagi melepaskan Konvoi ‘Awie Ride 2022’ diketuai penyanyi rock terkenal Awie, sempena Kempen Anti Scam JSJK, di Pulapol, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman bergaduh dengan scammer yang cuba menipu menerusi panggilan telefon menjadi pencetus kepada lagenda rock negara, Datuk Awie untuk menggerakkan jelajah kempen kesedaran ‘anti scam’ ke seluruh Semenanjung bermula hari ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata jelajah yang mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya di luar bandar mengenai risiko ditipu scammer.

Peserta konvoi ‘Awie Ride 2022’ melakukan senaman regangan sebelum memulakan konvoi sempena Kempen Anti Scam JSJK, di Pulapol, hari ini. - Gambar Bernama
Peserta konvoi ‘Awie Ride 2022’ melakukan senaman regangan sebelum memulakan konvoi sempena Kempen Anti Scam JSJK, di Pulapol, hari ini. - Gambar Bernama

“Ini adalah kempen untuk memberi penerangan kepada masyarakat betapa bahayanya ‘scammer’ ini yang kita rata-rata tahu dah ‘makan’ duit orang-orang kampung dan pedalaman terutamanya warga emas yang takut dengan tahap penipuan kelas dewa tertinggi ini.

“Kita beri pendedahan tentang apa yang boleh dan yang tidak boleh. Ada sebahagian daripada mereka tak tahu individu yang telefon mereka itu sedang menipu. Jadi kita bawakan pakar bagi menerangkan secara terperinci tentang scam ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan peserta konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersil @ Awie Ride disertai oleh 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi dijadualkan berlangsung dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula hari ini sehingga 22 Julai meliputi empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Peserta konvoi akan berhenti di beberapa perhentian di setiap negeri yang dilawati bagi memulakan aturcara program pencegahan jenayah komersial termasuk penyampaian ceramah kesedaran bahaya dan mencegah scammer oleh Awie sendiri.

Mustafa Khan Abdul Samat - Gambar Bernama
Mustafa Khan Abdul Samat - Gambar Bernama

Acara pelepasan peserta konvoi fasa pertama itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat.

Sedar mengenai risiko yang mungkin dihadapi susulan usaha yang digerakkannya itu, Awie bagaimanapun menegaskan beliau bersedia menghadapi apa juga risiko.

“Sebenarnya saya ambil risiko yang besar. Dahulu saya pernah buat jelajah anti cetak rompak (dan) rumah saya dihantar peluru. Saya tak tahu apa yang akan berlaku, tapi kita harap semoga tiada benda yang tidak elok berlaku,” katanya.

Mustafa Khan di dalam ucapannya pula berkata inisiatif seperti siri jelajah itu boleh dijadikan sebagai medium yang memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya dalam menyampaikan ilmu mengenai modus operandi dan trend jenayah terkini.

“Siri jelajah ini adalah satu perkara yang boleh dibanggakan. Tanggungjawab yang dibawa dalam menyampaikan mesej berkenaan kesedaran jenayah adalah satu amanah yang perlu disempurnakan dengan baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN