web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Terkejut Azri Iskandar Nak Kahwin - Ellie Suriaty 

Menurut Ellie, disebabkan isu inilah dia mahu menarik diri daripada perkahwinan mereka yang telah pun dibina selama 19 tahun. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 5:00PM

Ellie Suriaty bersama bekas suami Azri Iskandar - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty tidak terkejut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid sedangkan tempoh proses edah mereka masih belum habis selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.  Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. 

“Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun. 

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya kepada Getaran.

Menurut Ellie lain, dia tidak mahu ambil kisah tentang siapa pun yang bakal dikahwininya. 

“Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi. 

“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya. 

“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya. 

“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua. 

“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.

Ellie Suriaty telah memfailkan permohonan cerai ke atas Azri Iskandar dan melalui prosiding mahkamah, mereka telah disahkan bercerai pada 17 Mei lalu. Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos ini. 

Sepanjang perkahwinan mereka, Ellie dan Azri dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13. - Getaran, 8 Jun 2022

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

4

TARA 2 tahun yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad