Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


"Tuan Rudi Tidak Sama Dengan Mana-Mana Individu" – Zahiril Adzim

Zahiril Adzim akui dapat menerokai 'permainan lakonan' sisi baik dan sisi gelap watak apabila memegang watak sebagai ustaz penunggang agama bernama Tuan Rudi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 5:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membawakan watak sebagai seorang ustaz yang menjadi penunggang agama di dalam drama bersiri 'Scammer' Musim 2 sememangnya memberikan satu kepuasan buat aktor Zahiril Adzim. Ternyata naskhah ini membolehkan dia menerokai permainan watak yang mempunyai sisi baik dan sisi gelap.

“Saya tidak pernah mainkan karakter begini. Saya menerima peranan sebagai Ustaz atau Tuan Rudi di dalam drama bersiri ini kerana ia sama sekali sesuatu yang baharu buat saya. 

“Saya cuba buat dan pada saya yang menariknya, bila ada sebahagian babak Tuan Rudi menyampaikan mesej-mesej agama. 

“Segala mesej itu, sebahagiannya sudah tertulis di dalam skrip dan sebahagian daripada input saya sendiri. Saya mahu penonton dengar. 

“Dakwah yang disampaikan itu betul dan bukan sesat. Mesej itu memang betul contoh tentang sahabat Nabi. 

“Tuan Rudi ini seorang scammer, jadi bila dia cakap orang percaya. Cuma, di sebalik kerja-kerja dakwahnya itu, ada kerja-kerja hitam. 

“Saya rasa seronok, saya boleh jadi baik dengan berdakwah dan saya boleh main jahat dalam satu karakter. Jadi bila lakonkan watak sisi jahat, saya boleh menerokainya dan boleh melakonkannya dengan bermacam 'warna',” katanya. 

Ditanya tentang anggapan segelintir pihak yang cuba menyamakan watak Tuan Rudi itu dengan seseorang individu dalam dunia realiti, Zahiril ternyata menganggap perkara itu satu kebiasaan.

“Bila kita nampak atau tengok sesuatu, kita akan cuba menyamakan atau mengaitkannya dengan sesuatu keadaan yang kita ketahui.

“Mungkin bila penonton tengok watak Tuan Rudi, mereka cuba samakan supaya mereka boleh mengaitkan watak itu dengan orang atau situasi sebenar.

“Tapi, waktu saya mula-mula dapat skrip drama bersiri ini, saya tak rasa Tuan Rudi sama dengan mana-mana karakter dalam dunia nyata. 

“Memang saya tak jumpa. Imej luaran dengan pakai songkok dan rambut panjang serta kerja-kerja yang dibuat menggunakan anak yatim dan sampai ke tahap pembunuhan, tiada siapa di luar sana yang begitu. 

“Cuma, saya tidak nafikan ada perkara yang penunggang agama buat Tuan Rudi buat, terutama isu menggunakan anak yatim dan tahfiz untuk kepentingan diri. 

“Kita sendiri tengok perkara-perkara ini berlaku di dalam kehidupan nyata. Jadi, apa yang kita nak sampaikan adalah berhati-hati dengan penunggang agama macam ni,” katanya lagi. 


Dia juga mengakui seronok apabila dapat digandingkan dengan sahabat baiknya, Beto Kusyairy di dalam drama bersiri 'Scammer' Musim 2 terbitan Radius One ini. 

“Antara sebab saya terima cerita ini adalah kerana jalan cerita, barisan pelakon serta pasukan kerja yang baik. 

“Dengan adanya Beto, saya boleh langkau beberapa proses untuk jayakan drama bersiri ini. 

“Saya tidak perlu ambil masa untuk kenal dia, mengetahui cara dia berlakon atau bagaimana dia membawa karakternya itu. 

“Sebab kita sudah banyak kali bekerjasama. Proses 'bertindak balas' kepada lakonan masing-masing menjadi lebih mudah,” jelasnya. 

Diarahkan Norhanisham ‘Labu’, 'Scammer' Musim 2 menampilkan barisan pelakon Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah ini telah pun bersiaran di Astro Ria sejak 18 April lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. 

Drama 24 episod ini mengisahkan tentang mengisahkan tentang Taqriz (lakonan Beto Kusyairy) yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam sebuah penjualan tanah di kampung. 

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz pula tidak percayakan sesiapa. 

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz, sebagai kambing hitam.

Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘con artist’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baharu syarikat Muna. - Getaran, 13 Mei 2022

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 35 minit yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'