web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa filem 'The Original Gangster' yang ini telah pun memulakan penggambaran bakal bertukar pengarah filem.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 1:03PM

Syamsul Yusof dan Beto Kusyairy - Gambar Fail dan Facebook Beto Kusyairy

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa filem The Original Gangster yang ini telah pun memulakan penggambaran bakal bertukar pengarah filem. 

Pertukaran pengarah filem itu itu khabarnya ada kaitannya kemelut rumah tangga dan isu perceraiannya melibatkan Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana serta tindakannya mengahwini Ira Kazar sebagai isteri kedua. 

Desas-desus itu diperkukuhkan lagi apabila penggambaran filem tersebut telah dihentikan buat sementara waktu. 

Manakala di Twitter pula ada dakwaan mengatakan bahawa aktor Beto Kusyairy telah menarik diri daripada membintangi filem terbitan Syamsul Yusof Films, Razor's Edge Pictures dan Primeworks Studios tersebut.

Bagi mendapatkan pengesahan ini, Getaran telah menghubungi Produser Eksekutif Razor’s Edge Pictures, Latiff Mohaideen. 

Menurut Latif Mohaideen, pihaknya masih belum mampu untuk menjelaskan secara terperinci tentang projek filem The Original Gangster. 

“Kami masih sedang memuktamadkan beberapa perkara secara terperinci. Tapi, sudah tentu Syamsul Yusof yang mengarahkan filem ini. Bahkan, Beto juga tidak menarik diri.

“Tunggu bulan ini. Saya akan cuba berkongsi maklumat. Kita pun baru hendak buat persiapan untuk menyambung semula penggambaran,” katanya. 

The Original Gangster adalah filem aksi jenayah arahan Syamsul Yusof yang dibintangi ramai pelakon hebat.

Selain Beto Kusyairy, filem ini turut dijayakan Sharnaaz Ahmad, Hairul Azreen, Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Ummi Nazeera. The Original Gangster dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2024. – Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN