web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

Kejadian berlaku ketika konvoi anjuran Wings Gang Motor Society dalam perjalanan menuju ke Ipoh

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 4:58PM

gambar Instagram beto_kusyairy, wmgsklofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Beto Kusyairy terbabit dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Ride Solidarity Palestine anjuran Wings Gang Motor Society (WGMS) di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, petang semalam. Konvoi itu dalam perjalanan menuju ke Masjid Negeri di Ipoh, Perak.

Memetik Harian Metro, Beto yang juga ahli WGMS dilaporkan bergesel dengan seorang lagi peserta yang dipercayai memasuki laluannya secara tiba-tiba menyebabkan beliau terjatuh.

Pengurus Datuk Awie, Sharul Nizan Ramli berkata, kemalangan mungkin berpunca akibat jalan licin susulan hujan lebat.

Beto Kusyairy (kanan) ketika menyertai salah satu aktiviti anjuran Wings Gang Motor Society.
Beto Kusyairy (kanan) ketika menyertai salah satu aktiviti anjuran Wings Gang Motor Society.

“Seramai 60 peserta Solidariti Wings Gang Motor Society yang diketuai Awie bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh kira-kira jam 4 petang semalam.

“Kemalangan mungkin berpunca daripada keadaan jalan yang agak licin kerana hujan lebat sepanjang perjalanan,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu turut membabitkan seorang lagi peserta dan kedua-dua mangsa dibawa ke hospital menaiki ambulans sebelum Awie dan lain-lain peserta konvoi meneruskan

perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri majlis doa selamat serta solat hajat di sana.

Bagaimanapun difahamkan,  Beto hanya mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi peserta masih dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan lebih serius.

Acara Ride Solidarity Palestine yang diketuai oleh Datuk Awie anjuran WGMS itu diadakan dengan tujuan untuk memberi kesedaran penunggang motosikal di Malaysia mengenai nasib rakyat Palestin susulan serangan dan kekejaman Israel. – Getaran, 15 November 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

3

TARA 3 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32, Beto Kusyairy Petik Kata-Kata Yasmin Ahmad

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Anak Rimau The Movie' – Idea Yang Bagus, Cuma … 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN