web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32, Beto Kusyairy Petik Kata-Kata Yasmin Ahmad

Anugerah itu diterima atas keberkesanannya membawakan watak Wahid dalam filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ arahan Syamsul Yusof.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 10:00AM

Beto tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu kerana sibuk menjalani pengambaran untuk projek terkini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Beto Kusyairy telah menepati ramalan ramai pihak apabila dia diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang berlangsung di dewan penuh berprestij Encore Melaka, malam tadi.  

Anugerah itu diterima atas keberkesanannya membawakan watak Wahid dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang telah berjaya mencecah kutipan ‘pecah panggung’ sebanyak lebih RM90 juta selama 40 hari tayangan.  

Namun, Beto tidak berpeluang naik ke pentas dan menerima pengiktirafan pada malam penuh bersejarah itu kerana terikat komitmen lain. Getaran difahamkan Beto ketika ini sibuk menjayakan penggambaran untuk projek terkini.  

“Terima kasih #FFM32 dan FINAS Malaysia. Syukur Alhamdulillah, walau gayat juga atas pengiktirafan setinggi ini.

“Ampun maaf kepada pihak penganjur festival kerana tak dapat bersama-sama merayakan dan meraikan dek kekangan masa serta tanggungjawab sedia ada.

“Kepada seluruh warga penerbitan filem Mat Kilau terutama sang nakhoda, Syamsul Yusof  yang jerih perihnya saya  tak boleh pertikai, ini adalah hasil daripada kerja keras hempas pulas anda  juga,” katanya.  

Beto turut memberikan pesanan cetak rompak kepada masyarakat penonton filem Malaysia.

“Terima kasih kepada yang menyokong. Terus semarakkan filem kita melalui cara yang betul. Tinggalkan tontonan cetak rompak khususnya filem-filem tempatan melalui telegram atau mana-mana platform yang tidak sah.  

“Sekecil inisiatif sebegini memberi impak besar kepada kami selaku penggiat untuk memartabatkan filem kita.

“Semoga filem kita menjadi lebih baik di masa akan datang dari segala sudut selain menginspirasi antara satu sama lain berkat dari sokongan dan doa kalian. In Sha Allah.

“Akhir kata, memetik kata Allahyarham Yasmin Ahmad, Do work not for awards. Do it honestly,” katanya dengan penuh makna. - Getaran, 3 Disember 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh