Berita Terkini

35 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 1 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 3 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

Filem arahan Nik Amir Mustapha ini mengetengahkan tentang kisah cinta yang bukan klise disulami dengan elemen kekeluargaan yang sarat emosi selain memaparkan sinematografi dan penataan seni yang menarik.

Filem & TV Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 8:35PM

Gandingan dua pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle yang jarang-jarang kita lihat dipasangkan bersama sebagai hero dan heroin - Gambar 'Imaginur'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak melihat poster filem ini dilancarkan beberapa bulan lalu, penulis sudah tertarik untuk menonton filem Imaginur. Bukan sahaja posternya menarik hati, tetapi tajuk filem ini juga sangat ‘catchy’. Tambahan pula gandingan dua pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle yang jarang-jarang kita lihat dipasangkan bersama sebagai hero dan heroin. 

Filem bergenre romantik sci-fi ini tercetus daripada idea dua penggiat filem iaitu Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha yang sebelum ini pernah menghasilkan filem KIL dan Terbaik Dari Langit. 

Menurut Nik Amir yang juga merupakan pengarah dan penerbit filem ini, skrip Imaginur telah dirombak beberapa kali.

Filem ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2020. Namun dua minggu selepas penggambaran, seluruh negara diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penggambaran filem ini tertangguh selama enam bulan. 

Mengikut perancangan asal, filem ini sepatutnya menjalani penggambaran di Jepun, namun dek pandemik yang melanda dunia, mereka terpaksa merombak kembali skrip asal. 

Imaginur mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal lakonan Beto yang berusia 34 tahun bersama seorang gadis cantik bernama Nur lakonan Diana yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.

Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya lakonan Mior Hashim Manap yang menghidap Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya. 

Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.

Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma lakonan Nadia Nisa. 

Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli lakonan Datuk Afdlin Shauki. 

Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh ‘scammer’. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana. 

Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli? 

Sejujurnya dalam perjalanan selama hampir dua jam menonton filem ini, penonton akan dirundung rasa keliru. Filem ini tidak dibikin untuk buat anda relaks di kerusi panggung tetapi membuatkan otak anda sentiasa bekerja memikirkan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam hidup Zuhal. 

Dalam kekeliruan dan kecelaruan yang berlaku dalam hidup Zuhal dan juga pemikiran penonton, filem ini turut memaparkan nilai kekeluargaan yang sarat dengan emosi.

Beberapa babak di antara Zuhal dan bapanya yang nyanyuk sangat meruntun jiwa sehingga mampu mengalirkan air mata terutamanya buat mereka yang mungkin punya cerita yang sama dengan Zuhal. 

Antara yang paling terkesan ialah babak ketika Zuhal menangis meminta maaf kepada bapanya di dalam bilik mandi saat memandikan bapanya akibat dirundung rasa bersalah kerana telah meninggalkannya di pasar raya. 

Begitu juga babak di antara Zuhal dan Nur. Lakonan mantap Beto dan Diana sangat berkesan sehingga mampu menutup cacat cela yang ada dalam filem ini dek kehebatan lakonan mereka yang sungguh bersahaja. 

Diana benar-benar berjaya membawakan watak gadis yang ‘independent’ dalam masa yang sama mampu membuatkan kita jatuh cinta dengan kepolosan wajahnya. Setiap emosi yang dipamerkan Diana dalam setiap babak yang melibatkannya sangat tepat. Diana sangat menitikberatkan setiap ‘detail’ dalam lakonannya termasuk gerak tubuh. 

Begitu juga dengan pelakon-pelakon yang lain seperti Datuk Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar, Nadia Nisaa serta Datuk Rahim Razali. Lakonan mereka sangat bersahaja dan tidak berlebihan.  Filem ini saya rasakan sangat bertuah kerana berjaya memiliki kesemua barisan pelakon hebat ini untuk membuatkan filem ini nampak gah. 

Selain dihidangkan dengan aksi lakonan yang mantap, filem ini juga menyajikan sebuah visual yang menakjubkan kerana permainan sinematografinya yang memukau terutamanya babak di antara Zuhal dan Nur di lapangan hijau yang luas terbentang. 

Begitu juga dengan penataan seni. Props yang digunakan dalam filem ini agak ‘rare’, menjadikan ia menarik untuk ditonton. Lagu-lagu yang melatari setiap babak dalam filem ini juga sangat kena dengan ‘mood’ dan situasi sekali gus menghidupkan cerita. 

Segala kekusutan, kekeliruan dan persoalan yang berlaku dalam filem ini bakal terjawab di pengakhiran cerita. Namun penulis skrip tidak mahu membiarkan anda terus keluar panggung tanpa ada rasa was-was dengan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Mungkin inilah strategi untuk pancing penonton menonton sekali lagi di pawagam untuk fokus kepada setiap ‘detail’ yang disusun dalam plot filem ini agar anda faham apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup Zuhal. – Getaran, 23 Februari 2023

Rating: 3.5 Getar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 19 jam yang lalu

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil Atas Alasan Tiada Persefahaman Dan Berlaku Shiqaq

2

Selebriti 21 jam yang lalu

Pasal Diana Danielle Minta Cerai, Netizen Anggap Ia Kifarah Buat Farid Kamil Kerana Sindir Syamsul Yusof 

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

11 Kali Baiki Skrip ‘Imaginur’, Pengarah Harap Karya Baru Selepas 9 Tahun Membuahkan Hasil

4

TARA 2 bulan yang lalu

'Kebangkitan' Farid Kamil

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Nice And Good Job! Itu Kata PM Kepada Bunkface Tentang Lagu Tema Kempen Malaysia Madani 

oleh Ellyna Ali

Selebriti 1 hari yang lalu

Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

Zoey Rahman adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards (BOA), Sebab Awards anjuran Yayasan Usahawa...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

oleh Wartawan Hiburan Getaran