Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Anak Rimau The Movie' – Idea Yang Bagus, Cuma … 

Filem yang mengangkat tema sukan bola sepak sebagai subjek utama ini menelan belanja sebanyak RM5.5 juta serta menggabungkan pelakon profesional dan pemain-pemain bola dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:06PM

Antara babak menarik dalam filem 'Anak Rimau The Movie' - Gambar ihsan 'Anak Rimau The Movie'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sebelum ini rakyat Malaysia pernah dihidangkan dengan filem yang bertemakan sukan bola sepak iaitu Ola Bola, kini sebuah lagi filem dengan tema yang sama diterbitkan iaitu Anak Rimau The Movie.

Filem terbitan Keeklr Films Sdn Bhd ini menceritakan bagaimana sekumpulan anak muda belasan tahun dipilih menyertai akademi Anak Rimau dan cuba menempatkan diri di kejohanan antarabangsa.

Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal. - Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal. - Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Ditunjangi Beto Kusyairi yang membawa watak sebagai coach Zainal Abidin, filem ini turut dibintangi pelakon remaja yang semakin meningkat naik iaitu Idan Aedan serta beberapa orang pelakon yang merupakan pemain bola sepak sebenar dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (ADM) iaitu Ahmad Daniel Hakimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Kesemua remaja yang terpilih untuk menjadi pemain bola bagi akademi Anak Rimau datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang datang dari keluarga berada, ada yang merupakan anak nelayan dan ada juga yang merupakan anak pengembala lembu. 

Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Danish merupakan anak orang berada dan bapanya merupakan salah seorang penaja utama untuk akademi Anak Rimau. Impian bapanya adalah untuk melihat anaknya menjadi bintang bola sepak terkenal dan dipilih ejen antarabangsa. 

Sewaktu Coach Zainal mahu memilih kapten pasukan, Danish telah menawarkan diri untuk menjadi kapten. Namun, dia gagal menjadi kapten yang baik kerana bersikap pentingkan diri sendiri. 

Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Coach Zainal melihat potensi yang besar pada pemain lain untuk diletakkan di posisi penyerang, namun dibantah bapa Danish kerana mahukan anaknya lebih menyerlah agar dipilih ejen yang akan datang menonton perlawanan itu nanti. 

Pelbagai konflik telah berlaku sehingga akhirnya menyebabkan coach Zainal melepaskan jawatannya sebagai jurulatih pasukan Anak Rimau. 

Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Sejujurnya filem yang diarahkan Areel Abu Bakar ini menghiburkan untuk ditonton tetapi penulis merasakan suntingan setiap plot seperti tergesa-gesa. Lebih molek jika dipaparkan bagaimana setiap pemain ini diterima masuk ke akademi Anak Rimau supaya penonton dapat mendalami dan mengenali setiap -watak itu dengan  lebih baik.

Dari segi lakonan pula tiada masalah buat Beto yang seperti biasa mempamerkan aksi cemerlang. Begitu juga dengan Adam Corrie. Namun buat pelakon-pelakon remaja yang terlibat, ada yang kelihatan agak canggung ketika melontarkan dialog. Mungkin kerana mereka adalah pemain bola dan bukannya pelakon.

Barisan pelakon muda Anak Rimau The Movie. - Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Barisan pelakon muda Anak Rimau The Movie. - Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Namun, pujian harus diberikan kepada Hanz Daniel yang membawakan watak sebagai Danish. Biarpun dari segi lontaran dialog masih boleh diperbaiki, namun ekspresi wajahnya yang membawakan watak sebagai remaja yang lahir dari keluarga berada dan pada masa yang sama mendambakan perhatian bapanya kelihatan tepat. 

Babak bermain bola mungkin boleh diperbanyakkan lagi kerana penulis rasa ia seakan tidak cukup untuk sebuah filem yang mengangkat sukan bola sepak sebagai subjek utama. 

Gambar ihsan Anak Rimau The Movie
Gambar ihsan Anak Rimau The Movie

Memandangkan kos produksi untuk menghasilkan filem ini menelan belanja sebanyak RM5.5 juta, penulis merasakan filem ini seharusnya boleh menjadi lebih hebat lagi. Kerana apa yang dipaparkan tidak kelihatan seperti filem ini bernilai RM5.5 juta. 

Pemilihan pelakon dari pelbagai bangsa sememangnya harus dipuji kerana mampu memupuk semangat penyatuan serta nilai majmuk masyarakat Malaysia yang sememangnya berbilang kaum dan agama. 

Bahkan, jujur penulis rasakan, filem ini bakal menjadi pemangkin semangat buat anak-anak muda yang menanam impian untuk bergelar pemain bola sepak satu hari nanti.

Jangan lupa untuk menonton filem yang turut dibintangi Azhan Rani, Mustaqim Bahadon, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi ini di pawagam berdekatan bermula 1 September 2022. - Getaran,1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Azhan Rani Berpatah Balik, Pendakian ke Puncak Gunung Island Peak Terhalang Kerana Cuaca Buruk

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

oleh Wartawan Hiburan Getaran