web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

Misi pendakian amal bertujuan mengisi tabung Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:27PM

Azhan (duduk, kanan) dan barisan pendaki Island Peak dan EBC bergambar bersama kru SAR dan Kembara Kosmopolitan selepas selesai sesi latihan intensif akhir di Hillock Resort, Hulu Tamu semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dengan hanya berbaki lima hari lagi, pelakon Azhan Rani tidak mampu menyembunyikan keterujaannya untuk memulakan misi Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak & Everest Base Camp (EBC) di Nepal.

Beliau yang bakal muncul dalam telemovie Khunsa pada Ramadan ini berkata, beliau dan pasukannya sudah bersedia untuk menawan puncak Gunung Island Peak setinggi 6,160 meter atau 2,120 kaki dari aras laut berkenaan, bagaimanapun tetap berdebar kerana setiap pendakian yang disertai mempunyai cerita yang tersendiri.

"Selepas lebih setahun merancang dan membuat latihan serta persediaan rapi, ini adalah sesi latihan intensif terakhir kami. 

“Ia melibatkan sesi latihan kardio dan ketahanan fizikal serta sesi suai kenal bersama pendaki lain yang bakal turut serta ke Island Peak serta EBC.

"Kami teruja kerana pendakian ini bukan misi peribadi tetapi ia adalah misi pendakian amal bagi mengutip dana untuk disalurkan tabung kepada Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur (Ahsana).

"Saya dan SAR turut berterima kasih pada badan dan individu yang sama-sama menyumbang bagi menjayakan misi ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan intensif fasa akhir di Hillrock Resort, Hulu Tamu di sini, hari ini.

Aksi Azhan (depan) pada sesi latihan intensif akhir sebelum berlepas ke Island Peak pada Ahad ini.
Aksi Azhan (depan) pada sesi latihan intensif akhir sebelum berlepas ke Island Peak pada Ahad ini.

Sesi latihan yang meliputi 'lower body and core workout' itu turut memerlukan pendaki melakukan larian sejauh lima kilometer.

Program Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak dan EBC Bersama Azhan Rani 2024 itu membabitkan keseluruhan 13 orang pendaki yang akan mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula Ahad sehingga 13 Mac depan.

Lima pendaki akan menawan puncak Gunung Island Peak, manakala lapan lagi melengkapkan misi ke EBC setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.

Program amal anjuran Summit Attack Resources dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan itu adalah cetusan idea Azhan.

Majlis 'flag off' kesemua pendaki akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad pada hari Ahad, jam 3 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Getaran, 19 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azhan Rani Berpatah Balik, Pendakian ke Puncak Gunung Island Peak Terhalang Kerana Cuaca Buruk

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

4

Sukan 3 tahun yang lalu

RM1.48 Juta Diperuntuk Bantu Misi Cari, Menyelamat Hawari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang