web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 12:34PM

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Datuk Magendran M Munisamy (kanan) melambai ke arah pelajar selepas Majlis Semarak Budi, Kilauan Bakti sempena persaraannya di SMKTSM, Seksyen 25, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pendaki pertama negara yang berjaya menakluk puncak Gunung Everest, Datuk M Magendran menyifatkan sumbangan pada luar waktu hakiki menjadikan seseorang guru itu lebih hebat.

Magendran yang bersara wajib sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda di sini berkata, ini kerana mereka sanggup menghabiskan masa bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berjaya.

“Satu perkara yang sering saya ingatkan kepada semua guru, mereka datang mengikut waktu mengajar dan apabila habis (selesai mengajar) mereka bebas untuk pulang. Kalau itu sahaja yang mereka buat… (ini bermakna) mereka menjalankan kerja hakiki. 

“Namun, apa yang menjadikan seseorang guru itu lebih hebat adalah sumbangan mereka di luar waktu hakiki. Apa yang mereka buat di luar waktu tugas mereka, itulah yang memberi gambaran bahawa mereka ini hebat dan sanggup menyumbang tenaga dan bakti untuk pembangunan masyarakat,” katanya.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, yang juga bekas pendaki Gunung Everest 1997, Datuk M Magendran (kiri) menerima cenderahati daripada pelajarnya pada Majlis Semarak Budi, Kilauan Bakti sempena persaraannya, semalam. gambar BERNAMA
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, yang juga bekas pendaki Gunung Everest 1997, Datuk M Magendran (kiri) menerima cenderahati daripada pelajarnya pada Majlis Semarak Budi, Kilauan Bakti sempena persaraannya, semalam. gambar BERNAMA

Magendran yang akan bersara wajib berkuat kuasa 6 Disember ini ditemui pemberita selepas Majlis Semarak Budi Kilauan Bakti sempena meraikan persaraannya di sekolah berkenaan di sini, semalam.

Magendran turut menasihatkan guru supaya menjadi warga pendidik yang luar biasa bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara ini, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang direncanakan Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, guru yang luar biasa pasti akan diingati setiap murid disebabkan komitmen serta tidak pernah berkira masa bagi memastikan seseorang murid cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, yang juga bekas pendaki Gunung Everest 1997, Datuk Magendran bergambar kenangan bersama pelajar dan guru serta tetamu jemputan pada Majlis Semarak Budi, Kilauan Bakti sempena persaraannya, semalam. gambar BERNAMA
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, yang juga bekas pendaki Gunung Everest 1997, Datuk Magendran bergambar kenangan bersama pelajar dan guru serta tetamu jemputan pada Majlis Semarak Budi, Kilauan Bakti sempena persaraannya, semalam. gambar BERNAMA

Ditanya mengenai perancangan selepas bersara, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, setakat ini beliau hanya mahu memanfaatkan masa bersama keluarga memandangkan hampir 35 tahun kehidupannya diabadikan dalam dunia pendidikan.

Magendran berkata, beliau turut ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan dan bekerjasama dengan syarikat pelancongan yang menawarkan kerjasama dalam pelancongan berkonsepkan aktiviti luar.

“Saya belum buat keputusan untuk pilih tawaran yang mana satu dan hanya ingin menghabiskan masa bersama keluarga,” katanya.

Magendran dan Datuk N Mohanadas adalah dua pendaki pertama yang berjaya mengharumkan nama negara selepas menawan puncak Gunung Everest pada 1997. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang