web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 8:11AM

George Odol (kiri) menceritakan mengenai kedaifan rumah guru Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan ketika ditemui baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUPID - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan, sebuah sekolah di kawasan pedalaman dekat sini, sukar menahan airmatanya daripada mengalir di hari terakhir perkhidmatan beliau sebelum bersara wajib hari ini.

George Odol, yang tular dengan pengalaman mendiami stor prasekolah di laman TikTok, membuat satu lagi hantaran di akaun media sosial itu yang memaparkan beliau duduk di tangga, manakala murid berbaris untuk bersalaman dengannya.

Malah, ada murid sebak dan menangis ketika memeluk guru besar kesayangan mereka itu.

George cuba untuk tampil tenang dan sentiasa mengukir senyuman, namun sekali sekala beliau dilihat mengesat air matanya sendiri.

@mr.george_odol #fyp#universal#malaysiatiktok?? ♬ Terpaksa Aku Lakukan - Sultan

Menerusi hantaran lain, George memaklumkan hari terakhir beliau di sekolah itu adalah pada 24 November lalu, namun memilih untuk menyelesaikan beberapa perkara sehari kemudian sebelum memulakan kehidupan di alam persaraan.

George turut menunjukkan kolam ikan yang menjadi kenangan beliau selama berkhidmat sebagai pentadbir sekolah itu sejak 2020 dan tandas yang sedang diselenggara dengan peruntukan RM70,000.

Dalam hantaran itu juga, kelihatan beberapa murid menemani beliau yang sedang berjalan ke kantin sekolah buat kali terakhir.

Meskipun sedih untuk meninggalkan sekolah itu, beliau berkata: "Tetap tenang, tetap ceria, tetap bersemangat walau di saat-saat akhir perkhidmatan saya sebagai pentadbir sekolah."

Seorang guru prasekolah Muhd Fareed Fuzi Awang, 35, pula berkata, beliau sedih untuk berpisah dengan George kerana Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan itu tidak berhenti berusaha bagi memastikan kebajikan staf serta muridnya.

"Kalau bukan kerana Cikgu George, saya mungkin masih terpaksa tinggal dalam rumah yang usang. Banyak jasa Cikgu George pada sekolah ini yang mungkin sukar untuk kami membalasnya," kata beliau ketika dihubungi BERNAMA.

George, yang berasal dari Inanam berkata, beliau akan menjalani persaraannya di Tongod, di mana beliau memiliki rumah sendiri, manakala masa lapangnya bakal diisi dengan aktiviti berkebun antaranya menanam durian.

George Odol menunjukkan stor yang dijadikan kediamannya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan baru-baru ini. gambar BERNAMA
George Odol menunjukkan stor yang dijadikan kediamannya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan baru-baru ini. gambar BERNAMA

Beliau berkata, isterinya juga seorang guru dan berkhidmat di Kota Kinabalu, serta dua anak mereka yang berumur 19 dan 16 tahun akan menemaninya ketika mereka bercuti.

Baru-baru ini, media melaporkan kisah George yang sanggup tinggal di dalam sebuah stor sekolah selama lebih tiga tahun demi meneruskan perjuangannya untuk mendidik anak bangsa.

Sekolah itu, yang mula beroperasi pada tahun 2000, tidak menyediakan kediaman untuk guru, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta tenaga pengajarnya sudah mengambil inisiatif membina rumah terbabit tetapi ia dalam keadaan daif sebelum penambahbaikan dilaksanakan.

Kementerian Pendidikan sudah memperuntuk RM200,000 bagi pelan jangka pendek iaitu projek menaik taraf kediaman guru bermula Jun lalu dan siap sepenuhnya bulan ini, manakala bagi pelan jangka panjang, sebanyak RM12.5 juta diluluskan bagi mengatasi isu sekolah daif, seterusnya memberikan kemudahan serta fasiliti pendidikan terbaik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Serbu Stor Simpan Dadah Di Kondominium Mewah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang