web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Dolla Dan De Fam? Masing-Masing Ada Keunikan,”-Azira

Bagi De Fam, kemunculan lebih ramai 'girl group' pada hari ini dengan usia penyanyi yang lebih muda bukanlah sesuatu yang perlu dicemaskan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak pernah menganggap kemunculan bakat-bakat baharu terutamanya ‘girl group’ pada hari ini sebagai satu ancaman mahupun saingan.

De Fam yang mula menjadi sebutan menerusi lagu ‘Super Girl’ sering dianggap sebagai kumpulan wanita pertama yang membawakan elemen K-pop menerusi lagu dan persembahan mereka. 

Bagi De Fam, kemunculan lebih ramai girl group pada hari ini dengan usia penyanyi yang lebih muda bukanlah sesuatu yang perlu dicemaskan malah ia menandakan industri muzik dan hiburan negara semakin berkembang.

“Kita perlukan kelainan dalam industri dan tidak boleh hanya mengharapkan kepada satu kumpulan sahaja. Tak kisahlah Dolla, Cassia, Nona atau apa sahaja kumpulan yang baru muncul, mereka semua mempunyai kelainan dan ada kekuatan masing-masing.  Keunikan dan perbezaan inilah yang akan memeriahkan lagi industri kita.

“Saya bangga melihat kemunculan kumpulan ini. Contohnya kumpulan Cassia yang sebenarnya terdiri daripada  kawan-kawan yang  sama-sama  menari sejak dulu,”katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media filem Bunga dan Kayu baru-baru ini.

Setelah beberapa tahun tidak hadir dengan buah tangan terbaharu, Azira nampaknya memberi sedikit petunjuk bahawa De Fam bakal hadir dengan karya terbaharu yang lebih menonjolkan sisi kematangan kumpulan itu tidak lama lagi. 

“Kita tak dapat keluarkan lagu dalam beberapa tahun ini akibat pandemik. Namun, De Fam bakal hadir dengan lagu yang agak berbeza sedikit daripada genre yang pernah kami hasilkan sebelum ini.

“Rasanya semua pun sudah tahu yang Manggis sudah bertudung, jadi kami nak tampilkan sesuatu yang sesuai dengan imejnya. Untuk lagu akan datang ini, ia bakal menunjukkan bagaimana De Fam berevolusi,”katanya. 

Namun begitu, Azira mengunci mulut bilakah waktu sebenar untuk single terbaharunya itu bakal menemui pendengar. 

Bercerita tentang perancangan akan datang, De Fam menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan kumpulan hip hop terkenal, K-Clique. Hasrat itu sudah pun dibincangkan namun belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak atas faktor jarak dan masa. 

“Memang kami sudah pernah bincang perkara ini memandangkan kami juga sudah saling kenal. Cuma ahli K-Clique kebanyakannya di Sabah jadi agak sukar sedikit. Namun jika ada kesempatan apa salahnya,”katanya menutup temu ramah.

Terbaharu, Azira memegang watak utama dalam filem Bunga dan Kayu bersama-sama MK daripada kumpulan K-Clique. Filem mengisahkan tentang percintaan antara Bunga dan Noah itu ditayangkan di Astro First bermula 3 Mei lalu.

Sumber foto: Instagram De Fam, Dolla official

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

3

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN