web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya 5 Ribu Pengikut Instagram, Sara Mack Tak Rasa Tercabar

Sara bagaimanapun bersyukur pengarah tidak melihat kepada jumlah pengikut di Instagram sebaliknya percaya dengan kebolehan serta potensi lakonan yang ditunjukkan semasa uji bakat.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 2:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pendatang baharu dunia hiburan, Sara Mack Lubis mengakui tidak berasa tertekan memiliki jumlah pengikut di media sosial  yang kurang daripada 10,000 sebaliknya banyak memberikan fokus untuk memperbaharui mutu lakonan. 

Memahami trend serta permintaan syarikat penyiaran yang cenderung memilih pelakon berdasarkan kepada jumlah pengikut di Instagram, Sara khuatir senario ini akan meruntuhkan semangat serta keyakinan pendatang baru dunia seni.

“Saya faham bagaimana cara syarikat penstriman atau penyiaran bertindak. Apabila pengikut ramai, maka penonton juga akan ramai dan berjaya mencipta fenomena.

"Namun, ada kesan lain yang perlu diteliti antaranya ia akan meruntuhkan semangat pelakon seolah-olah mutu lakonan hanya dinilai berdasarkan jumlah pengikut dan bukannya bakat yang mereka ada. 

“Sedih melihat bakat-bakat muda dan baharu terbuang begitu saja kerana mereka tidak menepati syarat yang ditawarkan beberapa syarikat penyiaran,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama bersiri 'Love In Lockdown'.

Memegang watak Hani dalam siri original terbaharu Sooka, 'Love In Lockdown', Sara bagaimanapun bersyukur pengarah tidak melihat kepada jumlah pengikut di Instagram sebaliknya percaya kepada kebolehan serta potensi lakonannya yang ditunjukkan semasa sesi uji bakat.

Pertama kali bergandingan dengan nama-nama besar seperti Siti Saleha, Shah Iskandar, Bella Rahim dan Julia Farhana, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu bahkan menjadi satu-satunya pelakon yang tidak mempunyai pengikut lebih 100,000 di media sosial berbanding pelakon yang lain.

“Walaupun pengikut Instagram saya tak seramai mereka, saya tak pernah rasa tercabar. Apa yang buat saya lebih risau dan tercabar ialah jika lakonan dan mutu lakonan saya tidak setaraf mereka. 

“Saya beruntung kerana diberi peluang untuk berlakon bersama selebriti yang telah berjaya mencipta nama dalam industri,” tambahnya lagi yang sebelum ini bergiat aktif berlakon dalam iklan komersial dan filem bebas. 

'Love in Lockdown' merupakan siri original pertama platform penstriman terbaharu, Sooka. Drama arahan Mai Fernandez ini mengisahkan kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik.

Dihasikan melalui kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro, siri ini akan berlangsung selama 10 episod yang hanya akan ditayangkan secara eksklusif di sooka.

Gambar: Instagram @hellosaraa 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN