web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zizan Razak Umum Tidak Lagi Terlibat Dengan Forex

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengumumkan dia tidak lagi terlibat dengan dunia pelaburan mata wang asing, Forex atas alasan tertentu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengumumkan bahawa dia kini tidak lagi terlibat dengan dunia pelaburan mata wang asing yang dikenali sebagai Forex.

Perkara itu diumumkan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 38, menerusi sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram serta Twitter miliknya.

“Assalamualaikum semua. Hari ini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik untuk Zizan dan semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InsyaAllah,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Biarpun tidak mendedahkan alasan sebenar kenapa dia tidak lagi mahu melibatkan diri dengan Forex, rata-rata netizen percaya ia ada kaitan dengan status pelaburan ini yang diklasifikasikan sebagai haram kerana mempunyai unsur-unsur riba dan tidak berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia. 

Di ruangan komen ramai memuji tindakan pelakon filem Abang Long Fadil itu kerana mengundurkan diri daripada terlibat dengan Forex.

Malah, mereka memintanya untuk terus fokus dengan restoran makanan Korea yang sedang diusahakannya demi mencari rezeki yang halal. - Getaran, 18 Februari 2022

Gambar: Instagram @zizanrazak869

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN