web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Farhan Norzaini

Pelakon terkenal, Zulin Aziz telah mengikat tali pertunangan dengan Farhan Norzaini selepas dua tahun berkenalan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 11:00PM

Gambar: Kahnz Photograffiti / Jimmy Kamarudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun berkenalan, menjalinkan hubungan cinta serta menjadi rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz, 33 dan Farhan Norzaini, 35, telah mengikat tali pertunangan pada kira-kira jam 9 malam tadi.

Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam. Ia dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis itu, pelakon terkenal itu menerima dua bentuk cincin. Sebentuk untuk merisik dan sebentuk lagi sebagai cincin tunang. 

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah perkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas dan sederhana. Malah atas permintaan keluarga, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Ditanya mengapa Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga dia terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, kata bekas penyampai radio Suria FM ini, Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Farhan juga merupakan seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh luahkan apa sahaja kepadanya,” ujarnya.

Sementara itu bagi Farhan pula, Zulin merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya pada saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Pada waktu itu, saya tahu bahawa saya mahu sehidup semati dengan Zulin.  

“Arwah ibu pernah pesan jika mahu memilih calon isteri, pilih wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah ibu jaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.

Menyingkap kembali saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram selepas menonton rancangan Melodi.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kemudian keluar cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin dan tiba-tiba dia cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Adik saya yang mendesak supaya saya mesej Zulin di Instagram. Tak sangka dia balas mesej saya sedangkan saya cumalah orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” ceritanya.

Pasangan ini cuma mahu bertunang selama kurang sebulan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari ini.

“Kami sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya sangat cantik. Lagipun buat apa nak bertunang lama-lama. Benda yang baik seeloknya dipercepatkan,” kata Farhan yang sudah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Terdahulu pasangan ini mula menjadi bualan netizen selepas Zulin memuat naik gambar mereka berdua pada tahun lalu. Tetapi pada ketika itu, Zulin masih mengunci mulut tentang siapakah gerangan Farhan di hatinya.

Namun kunjungan Zulin dan Farhan ke Tanah Suci menunaikan umrah pada penghujung tahun lalu menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka serius.

Tahniah buat Zulin dan Farhan daripada Getaran. - Getaran, 28 Januari 2022

Gambar: Kahnz Photograffiti / Jimmy Kamarudin

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN