web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Mana Royalti? Satu Persen Pun Tak Apalah" – Tanya Amerul Affendi

Ada penggiat seni dan artis sebelum ini pernah mengusulkan untuk menukar kaedah pembayaran royalti kepada kaedah residual yang membolehkan imbuhan dikutip apabila sesuatu karya visual ditayangkan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 8:48AM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Amerul Affendi mengakui kecewa dengan sikap segelintir stesen televisyen dan penerbit  yang tidak pernah memberikan wang royalti walaupun drama atau filem yang dihasilkan sudah dimainkan berkali-kali di kaca televisyen. 

Situasi ini sebenarnya sangat terasa terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, membuatkan sebarang aktiviti penggambaran dibekukan.

Dalam keadaan genting itu, syarikat televisyen dilihat menayangkan drama serta filem tanpa memberikan apa-apa bayaran kepada pihak yang terlibat terutamanya bagi kru di belakang tabir.

“Ramai yang sedar tentang perkara ini, iaitu stesen televisyen tidak memberi royalti dan tidak membantu orang industri di belakang tabir.

“Walaupun ada juga penerbit yang sudah berjaya mendapatkan harta intelek sesuatu karya, tapi entah kenapa mereka juga bersikap sama seperti stesen televisyen tidak mahu memberikan royalti.

“Bayarlah sedikit, satu persen pun tak mengapalah, untuk mereka di belakang tabir,” katanya ketika ditemui Getaran di tayangan perdana filem Prebet Sapu baru-baru ini. 

Biarpun industri sudah kembali beroperasi seperti sedia kala, isu bayaran royalti ini tidak seharusnya dibincangkan secara bermusim.

“Bila industri sudah dibuka, entah kenapa kita macam terlupa tentang isu ini. Kenapa tak nak perjuangkan dan ubah perkara ini sama-sama?

“Kalau seorang sahaja yang nampak tapi tak buat apa-apa, maka sampai bila-bila tak akan ada perubahan,” tambahnya lagi. 

Setakat ini, industri masih lagi tiada sistem pembayaran royalti yang efisyen dan hanya bergantung kepada kaedah outright buyout.

Beberapa penggiat seni dan rakan artis sebelum ini pernah memperjuangkan untuk menukar kaedah sedia ada kepada kaedah residual yang membolehkan royalti dikutip apabila sesuatu karya visual ditayangkan.

Bukan itu sahaja, Amerul Affendi juga lantang mengkritik syarat yang dikenakan oleh platform penstriman dan produksi untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial. 

“Saya terfikir, apa guna saya belajar di ASWARA dan berhabis duit selama bertahun-tahun tapi bila bekerja, apa yang dinilai ialah jumlah pengikut dan bukannya apa yang saya belajar.

“Jadi, saya mula menjadikan lakonan sebagai hobi dan bukannya sebagai sumber utama pendapatan,” tambahnya yang juga merupakan menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019.

Namun begitu, pelakon itu memberi nasihat kepada pendatang baru untuk selalu mengikuti perubahan industri dari semasa ke semasa.

“Anda perlu ambil tahu apa permintaan industri kita hari ini. Kalau industri mementingkan jumlah pengikut, anda harus kreatif untuk menghasilkan kandungan yang buat lebih ramai orang mengikuti anda di platform media sosial.

“Para pensyarah juga saya harap tidak terputus hubungan dengan industri. Saya bernasib baik mempunyai Nam Ron sebagai pensyarah yang memang aktif di dalam industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amerul Affendi bakal tampil sebagai watak utama dalam filem Prebet Sapu. Ia merupakan filem yang bakal mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi atau Oscars bagi kategori Best International Feature. 

Menyandang watak sebagai Aman, filem ini menceritakan cabaran anak muda untuk hidup di Kuala Lumpur. Anda boleh menonton filem arahan Muzzamer Rahman ini di pawagam mulai 16 Disember ini. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

3

Muzik 3 tahun yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

4

Muzik 3 tahun yang lalu

KPDN Cadang Tubuh Jawatankuasa Selesai Isu Industri Muzik Rakaman

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad