web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) tampil menganjurkan ‘Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia’ yang kini sedang berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur, sehingga 23 Julai ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 4:07PM

Pengunjung menyaksikan poster-poster filem dari era 1980-an hingga 1990-an pada ‘Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia’ yang kini sedang berlangsung di Muzium Negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan filem hitam putih, dunia perfileman kini semakin berkembang selari dengan revolusi pemodenan dan perkembangan era digital, menyebabkan lebih ramai generasi hari ini lebih berfokus kepada karya yang berasaskan digitalisasi berbanding era sebelumnya.

Menyedari kurangnya pengetahuan anak muda mengenai sejarah awal industri perfileman tanah air, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) tampil menganjurkan ‘Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia’ yang kini sedang berlangsung di Muzium Negara, di sini, sehingga 23 Julai ini.

Kurator Bahagian Pameran dan Pengembangan JMM Juhazniza Musa berkata pameran itu diadakan bagi mengangkat martabat dan meraikan sejarah perfileman negara yang telah bermula sejak awal 1930-an.

“Pameran ini memperkenalkan sejarah perfileman di Malaysia daripada pelbagai aspek antaranya kemunculan kamera filem di Tanah Melayu pada awal tahun 1920-an, terbitnya filem cereka pertama (senyap dan tanpa suara) sehingga perkembangan industri pempamer dan penerbitan.

“Ia turut menyentuh mengenai penggunaan teknologi perfileman, tokoh atau individu yang terbabit sama ada pengarah, penerbit, seniman atau seniwati daripada pelbagai kaum, filem pecah panggung termasuklah yang dianggap malar segar dan diterima sepanjang zaman,” katanya kepada Bernama.

Juhazniza berkata terdapat 109 koleksi yang dipamerkan berkaitan sinema tempatan yang boleh dilihat secara dekat antaranya kerusi pengarahan milik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, alatan produksi perfileman tahun 1940-an, pelbagai jenis trofi yang dimenangi dalam Festival Filem Asia, poster filem era 1980-an hingga 1990-an, pelbagai jenis kostum selain koleksi peribadi Allahyarham Datuk Aziz Sattar, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan seniwati Datuk Rosnani Jamil.

Beliau berkata JMM turut meminjam koleksi berkaitan sinema di Malaysia daripada pelbagai agensi antaranya Arkib Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), World Cultural Organization, SIAR dan pemilik individu. 

Menurutnya, JMM mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam memelihara dan memulihara koleksi negara sesuai dengan fungsinya sebagai gedung khazanah sejarah, warisan budaya dan alam semula jadi negara.

“Inilah masanya untuk kami meuar-uarkan atau memberi maklumat kepada pengunjung atau masyarakat berkenaan sejarah perfileman negara.

“Jadi, adalah menjadi harapan kami agar lebih ramai pengunjung datang melawat pameran ini kerana JMM mempamerkan koleksi berkaitan perfileman yang jarang dilihat dan hanya eksklusif di sini sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Juhazniza berkata pameran itu juga mengajak masyarakat untuk menghargai seni budaya pelbagai bangsa, kaum dan agama di negara ini.

“… ini dapat direalisasikan dengan menjadikan filem sebagai satu platform yang boleh memupuk serta menyemarakkan semangat perpaduan dan cinta kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Rosnani atau lebih mesra disapa Mak Nani, 87, berharap pameran seumpama itu dapat ditambah baik pada masa depan apabila turut memberi perhatian terhadap semua legasi perfileman.

“Saya lihat tiada satu pun gambar atau barangan milik pelakon era 1940-an seperti Allahyarhamah Kasmah Booty, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak yang terlebih dahulu terbabit dalam bidang perfileman di negara ini, dipamerkan.

“Pihak penganjur perlulah berusaha untuk menghubungi keluarga atau waris pelakon berkenaan. Soalnya begini. Hendak atau tak nak. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak apakan daya. Ini sejarah. Pameran ini sudah cantik (bagus) cuma masih ada yang belum cukup,” katanya.

Bagi penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, pula mencadangkan agar pameran seperti ini dianjurkan setiap satu dekad bagi memberikan lebih informasi kepada generasi baharu mengenai sejarah perfileman negara.

"Setiap 10 tahun atau satu dekad harus dibuat pameran sebegini supaya generasi baharu ini tidak lupa," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 21 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.