Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sudah Sampai Masanya Industri Perfileman Mendapat Royalti

Ketiadaan sistem royalti serta ekosistem yang betul dan berfungsi dengan sihat akan menyebabkan industri perfileman tidak mampu berkembang dan bergerak maju.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 2:52PM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertengahan Oktober lalu, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya memperkenalkan peraturan baharu kepada semua stesen televisyen.

Mereka mencadangkan agar kaedah ‘outright buyout’ dihentikan dan digantikan dengan pembayaran ‘residual’ serta kutipan royalti untuk hak cipta sesebuah karya atau rancangan bagi tujuan siaran.

Dalam kenyataan tersebut, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez memberitahu, sudah tiba masanya dasar ini diubah bagi memastikan karyawan yang terlibat dengan sesebuah penerbitan diberi sedikit imbuhan apabila karya berbentuk filem atau terbitan siaran televisyen ditayangkan bertahun-tahun, berbanding dengan karya yang hanya ditayangkan sekali dua di kaca televisyen.

Selain pembayaran ‘residual’, usaha untuk mengutip royalti perlu dilakukan apabila sesebuah karya visual atau filem ditayangkan atau ditunjuk di tempat-tempat awam untuk tontonan ramai, seperti restoran, hotel dan tempat awam yang lain. 

Apakah pendapat para penggiat filem tentang isu ini? Ikuti pandangan pengarah filem, Datuk Paduka Shuhami Baba, Rashid Sibir dan pelakon Sharifah Amani seperti yang dikongsikan dengan Getaran. 

Shuhaimi Baba atau Shumi yang juga Pengarah Eksekutif PETRA Media berkata, usaha untuk membuat kutipan royalti drama TV dan filem telah pun dilakukan selama bertahun-tahun. 

 Datuk Paduka Shuhami Baba
Datuk Paduka Shuhami Baba

“Saya juga telah menyediakan kertas kerja untuk menubuhkan badan kutipan royalti untuk drama dan filem, fungsinya dan bagaimana kutipan ini akan dibuat bersama beberapa penggiat filem di Persatuan Penerbit Filem (PFM). 

“Ia mempunyai dua bahagian iaitu sebuah badan kutipan royalti untuk pencipta kandungan atau mereka yang memegang hak harta intelektual tersebut dan satu lagi badan kutipan royalti untuk pelaku yang terdiri daripada pelakon-pelakon. 

“Sama seperti industri muzik yang mana Music Authors Copyright Protection (MACP) mewakili pencipta lagu dan penulis lirik, serta Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) pula bertanggungjawab mengutip royalti untuk penyanyi rakaman. 

“Bahkan, kita juga sudah pun membawa kertas kerja ini kepada pihak atasan tetapi disebabkan pertukaran kerajaan, ia tidak dapat dilaksanakan,” katanya. 

Menurut Shumi lagi, sungguhpun perancangan tersebut masih terhalang, namun mereka tidak akan berputus asa untuk memastikan ia menjadi realiti. 

“Kami berusaha membawa kertas kerja ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana kami pernah berbincang tentangnya bersama beliau sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

“Beliau nampaknya memahami permasalahan yang dialami industri serta cukup berminat untuk membantu memastikan ekosistem di dalam industri kreatif hiburan ini dapat digerakkan dengan lebih efektif demi kemajuan ekonomi negara,” katanya. 

Pengarah Rashid Sibir pula memberitahu bahawa, isu kutipan royalti untuk drama TV dan filem tidak akan menjadi realiti jika tiada usaha, bantuan dan campur tangan daripada kerajaan. 

Rashid Sibir (kanan)
Rashid Sibir (kanan)

“Untuk memastikan kutipan royalti ini dapat dilakukan menerusi badan kutipan royalti yang ditubuhkan nanti, ia memerlukan sebuah akta. 

“Akta ini pula harus datang dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan. 

“Sudah berpuluh tahun penggiat-penggiat industri kreatif filem berjuang untuk mendapatkan hak royalti daripada harta intelektual mereka sendiri, menteri juga saling berganti, tapi kita masih tidak berupaya membuat perubahan ini. 

“Seharusnya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut sama-sama membantu untuk berjuang dan mengutarakan isu ini kepada pihak atasan. 

“Malah, FINAS juga sepatutnya ada hak untuk membantu karyawan untuk menuntut kenaikan harga drama TV,” katanya. 

Jelas Rashid Sibir lagi, harga drama menjadi satu permasalahan besar dan ia juga turut melibatkan isu hak karya sesebuah drama tersebut. 

“Apabila pihak stesen TV membeli hak sesebuah karya, mereka turut menjual karya tersebut kepada platform-platform lain termasuklah OTT (Over-The-Top). 

“Kita hanya dibayar sekali sahaja menerusi penerbitan drama tersebut tetapi apabila mereka berjual karya tersebut kepada platform-platform lain, mereka berpeluang buat duit lagi. 

“Itu belum dikira lagi dengan duit yang diperolehi daripada jualan iklan di TV dan kandungan yang sama yang diletakkan di media sosial dan platform seperti YouTube. 

“Sebab itulah apabila wujudnya pandemik COVID-19, industri kita lumpuh. Bayangkan jika wujudnya sistem royalti ini, penggiat-penggiat filem mahupun para pelakon pasti tidak akan begitu terkesan apabila rumah-rumah penerbitan tidak berpeluang bikin penggambaran selama hampir setahun. 

“Satu lagi, jika ada sistem royalti, penerbit juga akan bebas berkarya dan tidak mengharapkan bayaran drama semata-mata untuk menghasilkan karya drama baharu. Malah, kualiti penerbitan drama juga mampu ditingkatkan,” katanya lagi. 

Sementara itu, Sharifah Amani pula memberitahu, selagi industri filem tidak mempunyai sistem royalti, selagi itulah industri kreatif hiburan ini tidak akan bergerak maju ke hadapan. 

Sharifah Amani
Sharifah Amani

“Dulu pihak The British Broadcasting Corporation (BBC) pernah datang ke FINAS untuk membuat kajian tentang ekosistem industri kreatif yang dilihat tidak berfungsi di negara ini.  

“Hasil daripada kajian itu, mereka mendapati bahawa satu-satunya cara untuk memastikan ekosistem ini berfungsi sepenuhnya di negara ini adalah dengan memberi semula hak harta intektual kepada pencipta asalnya iaitu pembikin drama dan filem. 

“Industri kita perlu mempunyai sebuah ekosistem yang sihat, jika tidak sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat memperkasakan dan melestarikan industri ini. 

“Penggiat-penggiat veteran tidak akan mendapat apa-apa dan ia juga akan membunuh aspirasi dan kreativiti para penggiat muda. 

“Lihatlah apa yang berlaku kepada Tan Sri P. Ramlee. Berulang kali, filem arahan dan lakonannya ditayangkan, tapi apa yang warisnya dapat? 

“Saya sendiri tidak sanggup menonton karya-karyanya. Saya rasa sungguh bersalah kerana saya tahu walaupun karyanya itu akan menghiburkan saya, namun hingga sekarang anak cucunya sendiri tidak dapat merasa royaltinya, sama ada untuk  filem mahupun muzik,” katanya. 

Sebagai seorang pelakon, jelas Amani lagi, dia hanya mampu melihat drama atau filem lakonannya diulang tayang di televisyen serta platform-platform lain. 

“Anda boleh melihat saya di MUBI, Netflix atau YouTube, tapi, saya tidak dapat apa-apa (bayaran). 

“Sudah tentu kita mahu karya-karya lakonan kita berjaya merentasi ramai penonton, tapi kita juga mahukan ekosistem yang berfungsi dan tidak berat sebelah. 

“Bayangkan seorang pelakon tambahan sitkom ‘Friends’, masih lagi mendapat royalti apabila siri itu masih lagi diulang tayang dan dapat ditonton dalam berbagai platform? 

“Pelakon luar tidak ada masalah kewangan. Bukan seperti pelakon kita. Adakalanya kita terpaksa buat job cari makan. Sebab itu, adakalanya kita tidak mampu menjaga kualiti, sama ada dari segi lakonan ataupun dalam penglibatan kita dalam sesebuah penerbitan,” katanya. 

Amani juga turut berasa terkilan dengan keadaan berlaku pada industri kreatif hiburan kala pandemik COVID-19 menyerang dunia. 

“Industri kita betul-betul terkesan dan ramai penggiat filem mahupun kru dan pelakon veteran yang berhadapan dengan keadaan sukar. 

“Keadaan ini mungkin tidak akan menjadi begitu teruk jika kita punya royalti. Ramai di luar sana yang terkejut apabila mendapat tahu realiti ini. 

“Selagi kita tidak betulkan sistem dan ekosistem kita, selagi itulah permasalahan dalam industri ini tidak akan selesai dan ia akan mati begitu sahaja,” katanya menutup bicara. - Getaran, 21 Nov 2021

Semua gambar: Gambar Fail, kecuali tertera

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

3

TARA 4 bulan yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan