web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

Zul Yahya Steamboat yang terletak di Ipoh masih menerima sokongan pelanggan walaupun ramai yang kurang senang dengan pendirian politiknya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 7:58PM

`

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perniagaan kedai makan pelakon Zul Yahya masih mendapat sokongan daripada orang ramai walaupun dia menjadi mangsa kecaman segelintir individu yang tidak senang dengan tindakannya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung di TikTok.

Menerusi sebuah hantaran video di akaun tiktok @viral74_, ruangan komen dipenuhi dengan kenyataan positif daripada netizen yang masih mahu menyokong perniagaan Zul Yahya Steamboat & BBQ yang terletak di Ipoh, Perak. Malah, mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki turut berminat untuk singgah pada suatu hari nanti. 

“Support… InsyaAllah,satu hari saya akan datang support. Terus berniaga,” komen salah seorang pengguna Tik Tok.

@viral74_ #fyp ##malaysia #TikTokAwardsMY #anwaribrahimpm10 #malaysiatiktok #viral #anwaribrahim #anwaribrahim #fyp ♬ Syukur Alhamdulillah - Wafiq Azizah

Video tersebut memperlihatkan Khailil Razak atau gelaran popularnya ‘Ustaz Tido’ sedang makan di restoran itu dan berkias tentang harga dan kualiti makanan yang dihidangkan. Biarpun bukan sekali dia cakap ‘jangan datang’,  tetapi netizen tahu niat sebenarnya adalah untuk mengajak orang ramai untuk menjamu selera di restoran terbabit. 

Ustaz Tido yang popular dengan gaya percakapan yang membawa maksud terbalik berkata hidangan yang disajikan di restoran tersebut sedap dan berbaloi untuk dinikmati.

“Kau jangan datang tau, nasi goreng dia macam nasi goreng mak-mak kita goreng dulu, dua kali aku tambah,” kiasnya yang membawa maksud hidangan tersebut amat enak.

“Kalau dah tomyam dia aku hirup macam ni dengan harga RM40, kau boleh datang ambil makan apa-apa (makanan) pun, jangan datang geng menyesal,” kata Ustaz Tido sambil menghirup kuah tomyam.

“Lailahaillah, Allah bagi sedap,” tambahnya.

Berbalik kepada siaran langsung TikTok yang dibuat oleh Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkifli baru-baru ini, pelakon itu menyeru orang ramai untuk menyokong kerajaan pada hari ini dan berhenti memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.

@mharith.9604 Terbaik Zulyahya ?? Walaun memang susah nak terima hakikat dengan PMX. Teruskan sebarkan kebaikan PMX #MALAYSIAMADANI #KERAJAANPERPADUAN #ANWARIBRAHIM ♬ Music Islami - R22 Music

Kesannya, live tersebut digantung atau disekat serta merta akibat dilapor oleh netizen yang tidak berasa senang dengan kandungan video itu.

Zul menjelaskan bahawa siaran tersebut adalah bertujuan untuk menyokong kerajaan dalam membantu memulihkan negara dengan masalah yang melanda selepas COVID-19.

“Negara kita menghadapi macam-macam masalah selepas COVID-19, ekonomi kita (lihat) macam-mana, dengan masalah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang telah merosakkan negara kita,” jelasnya ketika memuat naik sebuah lagi video di TikTok pada keesokan harinya. - Getaran, 31 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Misi Berjaya! Zul Yahya Kutip RM1,200 Selepas Kayuh Basikal

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Memang Sesat, Parti Yang Guna Nama Islam Tak Maki, Hina Orang’

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa