Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sebelum 2023 menjelma, Getaran kembali singkap 15 kisah hiburan terhangat sepanjang tahun 2022 yang menjadi bualan ramai di media sosial juga di dada akhbar dan portal hiburan tempatan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 3:10PM

Sepanjang tahun ini, dunia hiburan tempatan tidak sepi dengan pelbagai kisah serta kontroversi yang melibatkan selebriti dan industri seni - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Sepanjang tahun ini, dunia hiburan tempatan tidak sepi dengan pelbagai kisah serta kontroversi yang melibatkan selebriti dan industri seni. 

Ada yang berdepan dengan hukuman gantung, ada pula yang berdepan dengan hukuman sebatan. 

Tidak dilupakan video beberapa selebriti yang sedang mabuk di kelab malam dan isu rumah tangga selebriti yang tidak berkesudahan.

Sebelum 2023 menjelma, Getaran kembali singkap 15 kisah hiburan terhangat sepanjang tahun 2022 yang menjadi bualan ramai di media sosial juga di dada akhbar dan portal hiburan tempatan. 

 

Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Akibat Kes Dadah 

Yasin Sulaiman - Gambar Fail
Yasin Sulaiman - Gambar Fail

Penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, Yasin Sulaiman telah didakwa menanam ganja di kediamannya pada Mac 2022. Jika disabitkan kesalah, penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' ini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati. Sehingga kini, kes Yasin masih berjalan di mahkamah dan akan berlajutan sehingga tahun hadapan.

 

Gurauan Datuk Rosyam Nor Bersama Shuib Di AME Dikecam

Rosyam Nor bersama Shuib - Gambar Fail
Rosyam Nor bersama Shuib - Gambar Fail

Pelakon terkenal yang mendapat gelaran Hero Malaya iaitu Datuk Rosyam Nor telah dikecam hebat oleh netizen selepas dia bertanya soalan tentang mencari pengganti kepada Shuib sewaktu mereka berdua menyampaikan anugerah di Anugerah Meletop Era yang berlangsung pada Mei 2022.

Rosyam dikatakan tidak sensitif dan mencetuskan kemarahan netizen kerana dia dikatakan seolah-oleh tidak menghormati kematian Siti Sarah yang baru sahaja meninggal tidak sampai setahun. 

 

Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Bercerai 

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty - Gambar Fail
Azri Iskandar dan Ellie Suriaty - Gambar Fail

Pasangan pelakon popular, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan perceraian mereka pada Mei 2022 selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang membuatkan kes ini menjadi lebih hangat apabila Azri Iskandar dikatakan sudah mempunyai pengganti dan mahu segera menikah dengan wanita yang bernama Dr Azra Diera. Mereka dikatakan telah bertunang sebulan selepas Azri dan Ellie mengumumkan perceraian. 

 

Sharnaaz Ahmad Ditahan Polis Kerana Pukul Orang 

Sharnaaz Ahmad - Gambar Fail
Sharnaaz Ahmad - Gambar Fail

Pelakon Sharnaaz Ahmad ditahan pihak polis pada Jun 2022 selepas dia didakwa memukul seorang penghuni kondominium di Segambut, Kuala Lumpur. Mangsa mendakwa Sharnaaz telah menumbuk, menendang dan mengugut untuk membunuhnya.

Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin selepas tiga hari berada dalam tahanan untuk membantu siasatan.

 

Datuk A. Aida Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan 

A. Aida - Gambar Fail
A. Aida - Gambar Fail

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida telah menyaman dua pelakon popular iaitu Amelia Handerson dan Idris Khan pada Jun 2022 selepas kedua-dua mereka menarik diri di saat akhir dari membintangi drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Walau bagaimanapun, A.Aida dan Idris Khan akhirnya membuat keputusan untuk berdamai. Namun Amelia Handerson masih mahu meneruskan tindakan undang-undang. 

 

Crack House Comedy Club Diarahkan Tutup Gara-gara Persembahan Pelawak Wanita Menghina Agama 

Crackhouse Comedy Club - Gambar Fail
Crackhouse Comedy Club - Gambar Fail

Video seorang pelawak wanita yang membuat persembahan 'stand up comedy' di Crack House Comedy Club yang dikatakan telah menghina agama Islam menjadi tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia. 

Dalam persembahannya, pelawak yang dikenali sebagai Siti Nuramira telah mengaku bahawa dia merupakan seorang Muslim yang menghafal 15 juzuk Al-Quran. Kemudian dia telah menanggalkan baju kurung serta tudung yang dipakainya sewaktu membuat membuat persembahan.

Gara-gara kes ini, kelab komedi berkenaan turut dikecam hebat dengan ribuan netizen menggesa agar kelab itu ditutup selamanya dan akhirnya pada Ogos 2022 kelab itu telah diarahkan untuk ditutup selamanya dan pemilik premis berkenaan telah disenarai hitamkan dari memohon lesen perniagaan di sekitar ibu kota seumur hidup. 

 

Noh Salleh Dan Mizz Nina Bercerai 

Noh Salleh, Mizz Nina dan anak mereka, Musa - Gambar Fail
Noh Salleh, Mizz Nina dan anak mereka, Musa - Gambar Fail

Pasangan penyanyi kesayangan ramai ini telah mengumumkan tentang penceraian mereka pada Ogos 2022 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berdua dikatakan telah memfailkan penceraian sejak Jun 2022.

Beberapa minggu sebelum mengumumkan penceraian, Noh menafikan bahawa rumahtangganya bersama Mizz Nina sedang dilanda badai. 

 

Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan Pecah Rekod Serta Isu Dalaman Babitkan Pelakon Dan Penerbit 

Salah satu babak dalam filem 'Mat Kilau' - Gambar Fail
Salah satu babak dalam filem 'Mat Kilau' - Gambar Fail

Filem epik arahan Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Studio Kembara telah mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya memperoleh jumlah kutipan tiket sebanyak RM97 juta sekali gus memecah rekod sebagai filem paling laris di Malaysia. 

Namun selepas filem ini ditayangkan terdapat beberapa isu dalaman yang kurang enak didengar membabitkan pelakon utamanya iaitu Datuk Adi Putra bersama penerbit filem ini sehingga dia dikatakan merajuk dan enggan turut serta bersama rombongan filem ini sewaktu tayangan perdana di Indonesia. 

 

Video Aedy Asyraf Bercumbu Di Kelab Malam Tular 

Aedy Ashraf - Gambar Fail
Aedy Ashraf - Gambar Fail

Video pelakon kacak, Aedy Ashraf yang sedang bercumbu dengan seorang wanita yang tidak dikenali di sebuah kelab malam tular di media sosial pada September 2022. 

Video berkenaan dipercayai telah dikongsikan oleh teman lelaki wanita dalam video berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan perilaku tidak bermoral teman wanitanya bersama Aedy yang disifatkannya sebagai pelakon gred C. 

 

Noraniza Idris Dikaitkan Dengan Scammer Penjualan Rumah  

Noraniza Idris - Gambar Fail
Noraniza Idris - Gambar Fail

Nama ratu irama tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris tiba-tiba menjadi panas apabila dia dikatakan bersekongkol dengan seorang 'scammer' yang menjanjikan pembiayaan rumah dengan harga tidak masuk akal kepada golongan selebriti. 

Noraniza telah dilantik sebagai duta pelancongan seni dan budaya kepada syarikat berkenaan yang juga merupakan penaja kepada konsert sulungnya yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2022. Namun konsert berkenaan telah dibatalkan. 

 

Wajah Anak Neelofa iaitu Muhammad Bilal Disebarkan Oleh Orang Awam 

Neelofa dan Muhammad Bilal - Gambar Fail
Neelofa dan Muhammad Bilal - Gambar Fail

Selepas lama menyembunyikan wajah anak sulungnya, akhirnya satu Malaysia dapat menatap wajah Muhammad Bilal pada Oktober 2022 selepas ditularkan oleh seorang individu di media sosial yang membuatkan Neelofa terkilan. 

Wajah Bilal telah dirakam oleh individu berkenaan sewaktu Neelofa membawanya ke sebuah klinik. Beberapa hari kemudian, Neelofa telah memuatnaik berpuluh gambar Bilal yang dimuatkan dalam sebuah video. 

 

Noh Salleh Ludah Di Konsert 

Noh Salleh - Gambar Fail
Noh Salleh - Gambar Fail

Tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran buat Noh Salleh. Selepas dilanda kontroversi akibat kes penceraian, nama Noh Salleh sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila di dikatakan telah meludah ke arah penonton sewaktu membuat persembahan di sebuah konsert. 

Video aksi Noh yang sedang meludah itu menjadi tular di media sosial. Namun menurut pengurus kumpulan Hujan, tujuan Noh meludah adalah disebabkan terkena renjatan elektrik dari mikrofon dan dia sebenarnya meludah ke arah pentas dan bukannya penonton. 

 

PU Azman Didakwa Atas Beberapa Tuduhan Amang Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur 

PU Azman - Gambar Fail Bernama
PU Azman - Gambar Fail Bernama

Pendakwah selebriti popular, PU Azman telah Ditahan pihak polis selepas dia dituduh melakukan amang seksual kepada beberapa remaja bawah umur pada September 2022.

Pada Oktober, media melaporkan PU Azman didakwa atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki yang berlaku pada Februari dan Julai tahun ini.

Kemudian dia didakwa atas empat lagi pertuduhan amang seksual di Mahkamah Sesyen Klang. Seterusnya dia sekali lagi didakwa atas pertuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen Ampang menjadikan jumlah keseluruhan dakwaan sebanyak 12 kes.

Jika disabitkan kesalahan, PU Azman bakal berdepan hukuman penjara serta sebatan. 

 

Video Lelaki Persis Ismail Izzani Mabuk Dan Bercumbu Di Kelab Malam Tersebar 

Ismail Izzani - Gambar Fail
Ismail Izzani - Gambar Fail

Video membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip dengan penyanyi popular iaitu Ismail Izzani yang sedang mabuk dan bercumbu dengan seorang wanita di kelab malam tular di media sosial. 

Namun Ismail dikatakan cuba mengelak dari pihak media yang ingin mendapatkan kepastian darinya. Sebelum video ini tular, timbul gosip mengatakan dia sudah berkahwin kerana telah menghamilkan seorang gadis. Namun perkara itu telah dinafikan oleh ibunya yang mendakwa anaknya masih tahu batas agama. 

 

Syamsul Yusof Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Ira Kazar 

Syamsul Yusof - Gambar Fail
Syamsul Yusof - Gambar Fail

Kemelut rumah tangga pengarah yang satu ini seringkali menghiasi media tempatan sejak beberapa tahun ini. Terbaru sebelum tirai 2022 ditutup, nama Syamsul Yusof sekali lagi menjadi panas gara-gara dia dikatakan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di negara jiran. 

Malah Syamsul turut membuat kenyataan bahawa dia akan menyaman pihak JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) sebanyak RM10 juta kerana telah mendedahkan maklumat palsu mengenai perkahwinannya yang terbaru yang disifatkannya sebagai fitnah. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN