web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki: PU Azman Didakwa Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 3:06PM

Azman Syah Alias (tengah) atau lebih dikenali sebagai PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selepas dituduh di tiga mahkamah berasingan di Seremban, Klang dan Ampang bagi 10 pertuduhan berkaitan jenayah seksual, pendakwah selebriti Azman Syah Alias hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Azman Syah, 41, atau lebih dikenali sebagai PU Azman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di sebuah inap desa di Jalan Kebun, di sini pada September 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon agar tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan, tertuduh dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam Fahmi Adilah yang mewakili Azman Syah memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan kes berlangsung.

“Sebelum ini tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas siasatan kes berjalan, anak guam saya tidak lagi dipanggil memberi ceramah yang menyebabkan pendapatannya terjejas.

“Anak guam saya juga telah dituduh di Mahkamah Seremban, Klang dan Ampang atas kes serupa, jaminan dikenakan RM40,000 (Seremban), RM24,000 (Klang) dan RM10,000 (Ampang). Dia terpaksa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan-rakan bagi membayar jaminan tersebut,” kata peguam.

Hakim Rasyihah Ghazali kemudian membenarkan Azman Syah diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan sebutan kes dan serahan dokumen pada 30 Jan depan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Azman Syah turut mengucapkan terima kasih kepada pemberita yang setia menunggu prosiding kesnya.

“Assalamualaikum, terima kasih kerana menunggu dan doakan saya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 8 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad