web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doakan Yasin Sulaiman Untuk Keputusan Yang Baik - Peguam 

Satu lagi sebutan kes terhadap Yasin Sulaiman akan diadakan pada 6 Julai ini dan peringkat ini adalah peringkat pembelaan.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 2:00PM

Gambar Twitter Yusmadi Yusoff

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Keluarkan kanabis daripada senarai narkotik, In Sha Allah Malaysia akan maju seperti negara-negara maju yang lain,” kata Muhammad Yasin Sulaiman, 47. 

Dia yang dikenali dengan nama pentas Yasin Sulaiman berkata demikian kepada pihak wartawan sewaktu menghadiri kes pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Sesyen semalam. 

Terkenal dengan lagu 'Mimpi Laila', pertuduhan menanam 17 pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Gambar fail
Gambar fail

Pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, salah seorang peguam Yasin iaitu Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata, ini adalah kali kedua anak guamnya menghadiri sesi sebutan di mahkamah yang sama. 

“Di sana juga Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah telah memaklumkan bahawa laporan kimia telah siap. Dari segi kandungan dan sebagainya, kita masih belum dapat dan ia juga belum diserahkan lagi. 

“Kita juga telah dimaklumkan oleh pendakwa raya, mereka juga perlukan satu tarikh yang singkat untuk sebutan kes yang seterusnya. Tarikh yang diputuskan adalah pada 6 Julai.

“Peringkat ini adalah peringkat pembelaan. Kita juga telah mendapat satu indikasi apabila majistret bertanya kepada pihak pendakwa, adakah bahan kimia itu mempunyai kandungan yang berat atau ringan. 

Gambar Twitter Yusmadi Yusoff
Gambar Twitter Yusmadi Yusoff

“Pihak pendakwa memberi jawapan bahawa berat adalah berkurangan dan bukan berada di bawah Seksyen 39B. 

“Jadi kami mohon agar keluarga dan semua yang mengenali Yasin untuk berdoa agar sesuatu yang terbaik akan dapat diputuskan nanti.

“Di Mahkamah Sesyen untuk sebutan kes kedua ini, hakim tidak tanya lebih lanjut tentang isi kandungan. Sebaliknya, hakim cuma bagi tarikh yang baru untuk suatu keputusan kes. 

“Untuk kes berkaitan dadah, bahan kimia amat penting kerana ia merupakan bahan bukti yang rasmi. Selama ini, Yasin didakwa berdasarkan bahan bukti melalui tangkapan. Jadi, kita tunggu sajalah sebutan kes pada 6 Julai nanti,” katanya. 

Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau secara tidak langsung di kediamannya di Kondominium Casa Indah, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. - Getaran, 23 Jun 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN