web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Celah Mana Saya Jadi Orang Ketiga? – Soal Kekasih Azri Iskandar 

Azra akui kesungguhan Azri memperisterikannya membuatkan dirinya terbuka hati untuk menyukai aktor tersebut selepas pertemuan pertama mereka pada 29 Mei lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 7:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer, penulis skrip dan novelis, Azra Diera Abdul Hamid, 42, akui terkejut apabila dirinya tiba-tiba terkait dalam isu perceraian Azri Iskandar bersama bekas isterinya, Ellie Suriaty sebaik sahaja aktor tersebut mengumumkan mahu merisik dan meminangnya sebelum 23 Jun ini. 

Bahkan, dia juga tidak menyangka menjadi mangsa fitnah dan tohmahan apabila dianggap sebagai orang ketiga dan penyebab perceraian pasangan pelakon tersebut. 

Bercakap secara eksklusif kepada Getaran, Azra berkata, dia cuma mengenali Azri Iskandar pada 29 Mei lalu atas urusan kerja untuk sebuah projek drama.

“Sebelum ini saya cuma letak nama di dalam proposal dan skrip yang saya tulis sahaja. Itu pun atas cadangan pihak produser. 

“Waktu itu, saya sibuk menyiapkan proposal untuk pihak RTM. Saya kena pastikan pelakon-pelakon yang dipilih bersesuaian dengan watak-watak yang saya tulis. 

“Jadi, saya akan hubungi mereka tetapi sekadar meminta gambar dan bertanya adakah mereka mampu bawakan watak-watak tersebut, termasuk Azri Iskandar,” katanya. 

Menurut Azra lagi, kesibukannya terhadap kerja-kerja di belakang tabir pihak produksi menyebabkan dia tidak ambil tahu tentang isu perceraian Azri dengan bekas isterinya itu. 

“Masa dia bercerai itu, saya nampak artikel tentang perceraiannya itu lalu di dinding FB saya. Tapi takde pula saya nak rasa apa pun, sebab belum ada apa-apa hubungan dengan dia. 

“Waktu itu saya sedang bertarung dengan tarikh akhir untuk menghantar proposal di RTM. Saya ada banyak proposal untuk dibuat. Mana ada masa nak ambil tahu hal orang lain. 

Menceritakan kembali tentang pertemuan mereka itu buat kali pertama pada 29 Mei lalu, Azra berkata, mereka berjumpa untuk berbincang tentang watak yang perlu dibawakan Azri dan isu skrip. 

“Kebetulan, waktu itu saya ada sedikit kelapangan. Jadi, saya setuju untuk berjumpa. Masa itu pun saya tidak rasa apa lagi. 

“Malah, perbincangan kami juga langsung tidak menyentuh tentang hal-hal peribadi. Celah mana pula, saya ini jadi orang ketiga?  

“Tapi, memandang jauh ke dalam raut wajah Azri Iskandar, saya tahu ada sesuatu yang berat dia perlu simpan dalam hati. Lelah jiwa dia saya boleh baca. 

“Bila saya balik, saya asyik terfikir, kalau saya boleh buat satu skrip khas untuk dia, mungkin bagus juga. 

“30 hari berlalu berlalu begitu sahaja. Sehinggalah 31 haribulan, dia (Azri) hubungi saya. Dia cakap dia teringatkan saya. Rindu nak dengar suara saya. Bahkan, dia beritahu dia mahu jumpa keluarga saya dan mahu ajak saya bernikah,” katanya. 

Sambung Azra lagi, dia tidak marah dengan apa yang dinyatakan dan diluahkan Azri itu dan dia juga pada awalnya, tidak menerimanya secara bulat-bulat. 

“Saya ambil masa juga untuk menilai. Saya bukan lama mana pun kenal dia kan? Saya terfikir juga, entah-entah dia sekadar menguji pasarannya.

“Al-maklumlah pelakon. Dia boleh pusing balik cakap, ini hanyalah lakonan semata-mata. Jadi, saya perlu perlu berhati-hati juga.

“Kita tidak tahu apa tujuan orang. Saya juga terfikir mungkin dia masih kehilangan arah disebabkan perceraiannya itu,” katanya.

Namun, kata Azra, Azri yang ketika itu kedengaran batuk-batuk dan tidak sihat tetap tidak berputus asa memberitahu bahawa dia sangat menyukainya. 

“Dia juga turut mengulang memberitahu doa nak jumpa keluarga saya. Nak ajak saya bernikah. Saya tahu dia perlukan seseorang. 

“Untuk ceriakan dirinya, saya berseloroh memberitahunya supaya berjumpa dengan ibu dah ayah saya jika dia benar-benar serius. 

“Memang dia betul-betul serius dan kesungguhannya itu yang membuatkan saya mula rasa suka kepada dia,” katanya. 

Berpegang kepada prinsip untuk menjadi penulis yang hanya dikenali menerusi karya-karyanya, Azra yang enggan mendedahkan wajahnya mengakui dia positif walaupun dirinya turut terkait dengan kecaman daripada netizen berhubung isu perceraian Azri dan Ellie. 

“Saya hanya fikir positif dan saya anggap itu semua rezeki Allah bagi saya untuk menganalisis psikologi netizen Malaysia. Ia boleh dijadikan bahan atau ilham yang boleh ditulis sebagai cerita.

Jodoh ni, kalau sesaat kenal pun Allah SWT  cakap jadi, maka jadilah ia. Siapa kita untuk menidakkannya. Kita kena percaya kepada rukun iman keenam,” katanya lagi. - Getaran, 9 jun 2022

Gambar: Azri Iskandar dan Azra Diera Facebook

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...