web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Memang Sesat, Parti Yang Guna Nama Islam Tak Maki, Hina Orang’

Zul Yahya berang tindakan segelintir pengikut PAS menghina dan mencacinya apabila dia menyatakan hasrat untuk hidup dalam suasana aman di Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 7:47PM

Reaksi Zul Yahya yang berang dengan segelintir pengikut PAS. gambar Tiktok Zul Yahya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas pelakon Zul Yahya atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahaya naik berang atas sikap segelintir pengikut Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertindak menghina dan mencacinya sebaik sahaja dia memuat hantaran video yang menyatakan keinginan untuk menjalani kehidupan yang aman di Malaysia.

Dalam hantaran di Tiktok bagi membalas kritikan pengikut PAS itu, Zul mendakwa dia sudah tidak boleh bersabar dengan perbuatan itu, malah melabelkan parti berkenaan sebagai parti ajaran sesat

“Aku dah lama bersabar, aku dah lama berlembut dengan puak-puak PAS ni. Aku ajak tengok kepada kebaikan dan positif tadi tapi puak-puak PAS ni tetap mencaci aku. Bila aku lembut lagi macam-macam kau kata dan hina aku. 

“Aku bercakap tentang nak hidup aman dan dalam keadaan yang baik. Anda anggap anda suci tapi komen-komen anda sebelum ini melampau-lampau!. Memang parti sesat, parti yang membawa nama islam dia tak maki dan hina orang,” katanya dalam keadaan marah.

Pada masa sama, Zul turut mempersoalkan perwatakan anggota PAS terbabit kerana bertindak menuduh seseorang sesuka hati.

“Apa yang kau didik dekat pengikut-pengikut anda? Pakai kopiah pun maki orang, bangga sangat ke? Memburuk-burukan Islam tanpa sedar, memalukan. Rasa macam PAS lah paling betul dan suci,” katanya lagi.

Kenyataan Zul itu dengan jelas membuktikan bahawa beliau sudah hilang, kerana berulang kali menyebut PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’.

@zulyahya_daie♬ original sound - zulyahya

“Aku tak mampu lagi nak bersabar, inilah tarbiah PAS, menyebabkan orang lain bergaduh, PAS memang parti ajaran sesat,” marahnya lagi

Berikutan kejadian itu, Zul telah memuat naik beberapa hantaran di Tiktoknya yang memperlihatkan rasa marah dan bencinya terhadap parti tersebut. - Getaran, 13 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN