web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengorbanan Di Bawah Terik Mentari: Hutang Budi Perlu Dibayar

Komuniti India Malaysia, khususnya mereka yang berasal dari ladang, telah dinafikan hak mereka secara sistematik untuk mendapat tempat yang adil di bawah matahari Malaysia

Rencana Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2025 12:17PM

Kaum India yang bekerja sebagai pekerja ladang sering terpinggir - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selama lebih satu abad, mereka bekerja dalam diam - di ladang-ladang getah seluruh negara, di bawah terik mentari dan beban kemiskinan.

Selama tempoh itu, pekerja ladang yang terdiri daripada kaun India tempatan membanting tulang membina asas kepada apa yang kemudian menjadi salah satu ekonomi paling gemilang di Asia Tenggara. Peluh mereka menjadi pelekat kepada industri getah. Anak-anak mereka membesar berkaki ayam di jalan-jalan bertanah merah dalam ladang. Keluarga mereka sering dilupakan ketika negara merdeka dan sehingga hari ini, majoritinya masih tidak kelihatan dalam lanskap moden Malaysia.

Kita sering bercakap tentang keajaiban ekonomi Malaysia. Tetapi berapa kerap kita berhenti dan mengenang siapa yang menanam benih keajaiban itu?

Ia bukan hanya dilakukan golongan jutawan atau teknokrat.

Ia disemai pekerja ladang India yang dilupakan, yang pengorbanan hariannya membantu menyelamatkan negara ini daripada kehancuran ekonomi — bukan sekali, tetapi berkali-kali.

Mereka dibawa ke sini di bawah sistem penjajahan British yang direka untuk mengeksploitasi tenaga buruh demi memastikan eksport getah negara terus berjalan walaupun ketika perang, kemelesetan, dan kegawatan ekonomi. Mereka hidup tanpa kemudahan asas, pendidikan, atau peluang, namun terus berkhidmat kepada industri yang menampung kewangan negara.

Dan apa yang mereka dapat sebagai balasan?

Bukan saham dalam kemakmuran yang mereka bantu bina, bahkan tiada ucapan terima kasih atas setiap pengorbanan dilakukan. 

Sebaliknya, keturunan mereka, beberapa generasi kemudian, masih terperangkap secara tidak seimbang dalam kemiskinan, terlalu ramai dalam penjara dan terlalu sedikit dalam universiti atau di barisan pemimpin.

Itu bukan kebetulan.

Ia adalah kegagalan struktur yang merentasi zaman penjajahan hingga ke kelalaian dasar masa kini.

Kita perlu berdepan dengan kebenaran yang tidak selesa: komuniti India Malaysia, khususnya mereka yang berasal dari ladang, telah dinafikan hak mereka secara sistematik untuk mendapat tempat yang adil di bawah matahari Malaysia. Bukan secara kebetulan. Bukan takdir. Tetapi hasil puluhan tahun pengabaian, janji yang dimungkiri dan suasana politik yang terlalu dibelenggu ego dan kepentingan parti untuk bertindak secara bersatu.

Ini bukan soal kebajikan. Ini soal keadilan.

Kita tidak boleh mengangkat sesebuah negara jika kita meninggalkan sebahagian daripadanya di belakang. Dan terlalu lama, komuniti India telah ditinggalkan.

Kita tidak perlukan lagi slogan. Kita tidak perlukan sumbangan token pada musim perayaan atau pelantikan politik saat akhir.

Kita perlukan pelan. Pelan yang nyata, menyeluruh dan boleh dipertanggungjawabkan.

Dan pelan itu mesti bermula dengan satu pengiktirafan nasional — satu pengakuan rasmi di Parlimen, diketuai oleh Perdana Menteri, bahawa pekerja ladang India telah membantu membina Malaysia moden. Bahawa sumbangan mereka adalah asas, dan peminggiran mereka merupakan titik hitam nasional yang mesti dipadamkan.

Lebih daripada itu, kita perlukan tindakan tegas:

  • Pelan Induk Pembangunan India Malaysia, dengan sasaran yang jelas, terikat waktu dan hasil yang boleh diukur — bukan diserap ke dalam pelan umum negara, tetapi berdiri dengan sendiri.
  • Dana pendidikan dan kemahiran khas, khusus untuk keluarga asal ladang, bagi memutuskan kitaran kemiskinan antara generasi.
  • Program kemasukan ekonomi nasional yang menyediakan laluan kepada pemilikan, keusahawanan, dan penyertaan bermakna dalam kisah kemajuan Malaysia.
  • Dan yang paling penting, kematangan politik dalam kalangan pemimpin India — satu perpaduan yang benar, bukan sekadar simbolik. Yang mengutamakan komuniti lebih daripada parti dan legasi lebih daripada ego.

Saya terinspirasi oleh seruan perpaduan yang semakin lantang, termasuk oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Gunaraj George. Namun perpaduan mesti membawa hasil — jika tidak, ia tidak memberi sebarang makna.

Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah pemimpin yang memahami bahasa keadilan. Beliau sendiri pernah merasai ketidakadilan. Jika ada masa yang sesuai, jika ada Perdana Menteri yang terbuka kepada perhitungan nasional seperti ini — masanya ialah sekarang. Tetapi beliau tidak boleh melakukannya secara bersendirian.

Kita perlukan semua pemimpin politik, merentasi  perbezaan, untuk berdiri bersamanya. Untuk mengiktiraf bahawa peminggiran mana-mana rakyat Malaysia adalah ancaman kepada integriti moral dan ekonomi seluruh negara.

Ini bukan masalah kaum India. Ini masalah Malaysia.

Dan ia adalah urusan yang belum selesai.

Saya juga ingin memberitahu: keadilan untuk komuniti India bukan datang dengan mengorbankan mana-mana pihak lain. Malah, ia menguatkan fabrik Malaysia. Kerana sesebuah negara yang menghormati semua pembinanya tanpa mengira kaum atau agama, ialah negara yang benar-benar akan bangkit.

Marilah kita menjadi generasi yang akhirnya berkata:

Terima kasih.

Kami nampak kamu.

Dan kami tidak akan lagi berpaling.

Kerana selagi masih ada anak dari keluarga pekerja ladang yang tidak percaya mereka juga punya tempat dalam masa depan Malaysia, maka selagi itu janji Malaysia belum sempurna. - Getaran, 21 Julai 2025

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

2

Rencana 1 minggu yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

3

Rencana 2 minggu yang lalu

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

Rencana 3 minggu yang lalu

Andy Burnham Dan Britain Baharu: Mengapa Kita Perlu Memberikan Perhatian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir