Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

Lelaki budiman berbeza dengan lelaki biasa dan ia membuatkan mereka menyerlah serta disayangi oleh isteri, ahli keluarga atau insan sekeliling

Refleksi Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 6:08PM

Lelaki budiman menjadi idaman setiap wanita - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah lelaki budiman atau gentleman masih ramai di luar sana ataupun sudah diancam kepupusan? Sebelum kita membuat kesimpulan tentang populasi lelaki budiman ini, kita kena mengenali siapakah mereka. Lelaki budiman ini boleh dibezakan dengan sikapnya yang berlainan daripada ramai lelaki yang biasa-biasa. Perbezaan dalam sikapnya itu akan membuatkan dia menyerlah dan disayangi oleh isteri, ahli keluarga dan semua insan yang hadir di sekelilingnya.

1. Lelaki budiman mencintai dan menghormati pasangannya setiap masa

Kerana sedar bahawa cinta sejati itu tidak bersandar kepada cantiknya tubuh badan, banyaknya harta, serta tingginya status pasangan, lelaki budiman bercinta dengan pasangannya. Walaupun wajah dan tubuh yang cantik itu penting, ianya akan dimamah usia. Lantas, lelaki budiman lebih tertarik dengan kewajaran dan personaliti pasangannya berbanding hanya fizikal. Dia akan memberikan layanan kelas pertama kepada isterinya dalam semua situasi dan mengharapkan cinta dan hormat yang setara daripada si cinta hatinya itu.

2. Lelaki budiman komited kepada perhubungan

Lelaki budiman ini sosoknya tidak curang, dia seorang yang setia dan faham bahawa perhubungan memerlukan usaha keras kedua belah pihak dalam menjayakannya. Kasih sayangnya dicurah untuk isterinya sahaja di sepanjang hidupnya, dan dia akan terus membaja dan memperkuatkan perhubungan melalui komunikasi jujur dan kerja berkumpulan yang baik. Komitmennya kepada perhubungan akan terus menambah rasa hormat dan percaya yang kuat antara mereka berdua.

3. Lelaki budiman mempertahankan isterinya secara fizikal dan emosi

Bukan sahaja memberikan tempat tinggal yang selamat dan persekitaran yang selesa, lelaki budiman juga memberikan keselamatan daripada segi kewangan kepada keluarganya. Apa sahaja elemen bahaya yang mungkin mendekati keluarganya, lelaki budiman akan bertindak untuk menghilangkannya. Mereka ini tidak bacul, tidak mendera atau menyakiti ahli keluarganya dalam apa jua tekanan dan keadaan.

Lekaki budiman mampu membahagiakan isteri atau pasangan mereka - gambar hiasan
Lekaki budiman mampu membahagiakan isteri atau pasangan mereka - gambar hiasan

4. Lelaki budiman membahagiakan isteri dari segi mental dan seksual

Kebahagian perkahwinan itu bukan hanya terletak pada hubungan seksual yang mengujakan. Terdapat banyak lagi aspek kehidupan lain yang perlu diuruskan, dan lelaki budiman akan memastikan setiap aspek ini diuruskan dengan baik. Lelaki budiman dapat memberi kepuasan seksual kepada pasangannya, beliau juga memahami bahawa pasangannya memerlukan dia untuk mendengar perasaan dia, kemahuan dia, impian dia dan sebagainya. Lelaki budiman senang dijadikan teman berbicara dan mencurah rasa.

5. Lelaki budiman mengambil inisiatif dan memimpin

Lelaki budiman menyelesaikan masalah di dalam keluarganya tanpa dipaksa, dan berbincang dengan pasangannya apabila perlu. Namun, tampuk kepimpinan itu dia yang punya. Dia tidak mengelak apabila berhadapan dengan apa jua masalah di dalam keluarga dan dia tidak membiarkan pasangannya berdepan dengan masalah secara bersendirian.

6. Lelaki budiman sentiasa berusaha untuk menguruskan perkara yang sukar

Lelaki budiman sering membuat keputusan dalam hal-hal yang sukar. Namun, dia tidak mengabaikan pandangan isterinya dalam membuat keputusan tersebut. Lelaki budiman tidak mengawal atau mengongkong pasangannya, sebaliknya dia berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk keluarga. Lelaki yang bijak membuat keputusan amat disenangi, berbanding lelaki pengecut yang tidak berpendirian.

7. Lelaki budiman mengambil tanggungjawab ke atas tindakan dan keputusannya

Lelaki budiman tidak sering menuding jari kepada pasangannya atau sentiasa mempertahankan kesalahannya. Jika kesilapan telah berlaku, dia mengaku, meminta maaf dan memperbetulkannya. Lelaki yang mampu melihat kesalahannya sendiri dan berusaha memperbaikinya adalah seorang lelaki budiman.

8. Lelaki budiman tidak takut menyatakan pendapatnya

Lelaki budiman tidak berdolak-dalih dan tidak takut untuk menyatakan pendapatnya. Tetapi dia melakukannya dalam cara yang berhemah dan penuh hormat. Dia bukan seorang yang mudah untuk ‘dilanggar’ dan diperkotak-katikkan kerana dia mempunyai prinsip dalam kehidupan dan tidak takut untuk berkata ‘tidak’ kepada perkara yang dia tidak gemari.

Jadi, berapa skor yang anda dapat? Walaupun tidak berapa tinggi, didiklah diri untuk menjadi seorang budiman, dan ajarlah anak bujang kita untuk menjadi lelaki budiman, dan anak gadis kita memilih yang budiman.

Lelaki biasa-biasa perlu up-the-game untuk menyerlah diri sebagai seorang gentleman, lelaki budiman. - Getaran, 27 Julai 2023

Artikel Asal: mymuslimin.com

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Gaya 23 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Selera 2 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN