web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Cara Sedekah Tanpa Perlu Mengguna Wang

Tambah pahala berlipat ganda, bersedekahlah di bulan Ramadan ini dengan cara rohaniah.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 2:25PM

Gambar: Annie Spratt

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Sedekah bukanlah hanya memberi kebaikan kepada tangan yang menerima, malah kepada tangan yang menghulur jua. Ia adalah salah satu bukti keimanan seseorang hamba kepada sang penciptanya, Allah SWT.

Jika anda ingin mengikuti sunnah Rasulullah pada bulan Ramadan ini, anda boleh bersedekah dengan memberi manfaat kepada sesama Muslim. Namun, sesungguhnya bersedekah itu bukan sahaja termaktub dalam nilai wang semata-mata. 

Rasullulah menyebutkannya dalam beberapa hadith, hal-hal (bukan wang) yang dihitung sebagai sedekah, seperti yang tertera:

Senyum

Siapalah yang tidak suka melihat teman, rakan, keluarga yang pemurah dengan senyuman. Selalu menebar senyum manis kepada kita, agar hari menjadi lebih ceria. Itulah perkara yang paling sederhana dan mudah yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. 

Rasulullah bersabda: “Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau berbuat makruf dan melarang kemungkaran juga sedekah.” (HR Tirmidzi)

Gambar: Karamat Ali
Gambar: Karamat Ali

Memberi Salam

Salam adalah doa. Apa lagi jika kita meniatkannya sebagai sedekah. Selalulah mengucapkan “Assalamualaikum” atau dalam bahasa Melayunya, “Selamat sejahtera ke atas kamu” dengan hati yang ikhlas dan terbuka. 

Rasulullah bersabda: “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Menyingkirkan Gangguan di Jalanan

Sering kali kita menemukan pelbagai bendasing merbahaya di jalanan seperti paku, duri atau benda-benda tajam yang lainnya, yang mungkin boleh mendatangkan kecelakaan kepada pengguna jalan raya lain. 

Mengalihkannya sangat mudah dan tidak perlu tenaga yang berlebihan. Selain mencegah kemalangan, perbuatan anda itu tadi juga mungkin mampu mencegah kematian. Sedarlah, perbuatan yang ringkas ini turut dinilai sebagai bersedekah.

Rasullulah bersabda: “Engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah. Menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim). – Getaran, 23 April 2021

Semua gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari