web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buat 5 Perkara Ini Untuk Lebih Positif dan Gembira

Sebagai individu yang punya tanggungjawab ke atas diri sendiri, anda juga harus mencari bahagia untuk kekal positif. Ini lima perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk menjadi lebih positif. 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 11:52AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 memberi impak yang bukan kepalang kepada kehidupan kita. Ada yang kehilangan sumber pendapatan, ada yang kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang, malah ramai juga yang terperangkap dengan bebanan emosi.

2022 diharapkan membawa sinar bagi menjemput kegembiraan. Tidak mengapa jika ia hadir secara perlahan-lahan, asalkan mampu mengubat hati.

Sebagai individu yang punya tanggungjawab ke atas diri sendiri, anda juga harus mencari bahagia untuk kekal positif. Jangan terlalu mengharapkan orang lain datang membantu.

Ingat, Allah selalu melihat usaha-usaha hambanya, seperti dalam firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11 - "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka".

Jadi berpegang kepada ayat ini, anda harus kuatkan semangat diri untuk menghadapi apa jua situasi dan jangan berputus asa kerana Allah membenci orang-orang yang mudah berputus asa.

Untuk kekal positif dan berbahagia, mulakan dengan sesuatu yang mudah. Tidak perlu ‘susahkan’ diri dengan perkara-perkara rumit. 

Ini lima perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk menjadi lebih positif. 

Bersahabat dengan emosi

Ingat, tidak salah melayan emosi kerana sebagai manusia biasa adalah normal untuk berasa gembira, sedih, marah, kecewa, sayang, takut dan banyak lagi. Tetapi ada hadnya. Jangan mengheret diri ke dalam emosi sehingga sukar dikawal. 

Jika sedih, anda boleh menangis sepuas-puasnya, jika marah, cuba kawal emosi dengan banyak beristighfar, jika sayangkan seseorang, juga harus berpada-pada. Selagi tidak melukakan hati sesiapa, anda tidak melakukan dosa.

Bersyukur dengan nikmat-Nya

Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Ali-Imran: 144).

Jadi, setiap pagi apabila bangun daripada tidur, ucapkanlah Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Rezeki bukanlah terhad kepada wang ringgit dan material, tetapi ia termasuklah dapat menghirup udara setiap pagi, tubuh badan sihat, pasangan hidup yang menyayangi, keluarga yang bahagia, sahabat yang sentiasa menemani, mempunyai kerjaya idaman serta pelbagai hal kecil lain.

Jangan pandang enteng semua perkara yang terjadi dalam kehidupan harian anda. Biarpun ia nampak kecil, perkara itulah yang sebenarnya mendatangkan kebahagiaan hati. 

Buat kerja-kerja sukarelawan

Jika seumur hidup anda belum pernah terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan, mungkin sudah sampai masanya untuk melakukannya. Cubalah cari masa beberapa jam dalam seminggu membantu golongan yang memerlukan. 

Percayalah, apabila melihat wajah-wajah insan yang dibantu mengukir senyuman di wajah, hati anda juga berbunga riang. Pertolongan anda mungkin tidak seberapa, tetapi memberi impak yang besar kepada orang lain.

Perasaan dan situasi yang anda saksikan tanpa disedari membuatkan anda bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Berhenti menghakimi 

Manusia itu tidak sempurna. Allah sengaja mencipta manusia sebegini kerana Dia mahu umatnya sentiasa bersyukur kerana setiap orang melalui jalan hidup yang berbeza. Pendek kata, setiap daripada kita ada cerita tersendiri. Jadi, berhentilah menghakimi orang di sekeliling. 

Jika dia sanggup bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki halal, jangan sesekali menuduh dia ‘gilakan’ harta dunia. Mungkin itu ikhtiarnya untuk menyara ibu di kampung, menyekolahkan anak-anak atau mungkin juga membiayai bil-bil hospital ahli keluarga yang memerlukan. 

Seperkara lagi, berhentilah membandingkan hidup anda dengan orang lain. Lumrah kehidupan, segala perkara yang menyedihkan akan disimpan rapi, disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hanya yang indah-indah sahaja terpamer di media sosial. 

Bersosial dan berkasih sayang

Komunikasi amat penting dalam kehidupan. Kebergantungan kepada media sosial sebenarnya tidak sihat. Sehari tanpa menjengah ke laman sosial Instagram atau Facebook misalnya dirasakan cukup tidak sempurna. Jadi ramai yang menghabiskan masa berjam-jam setiap hari berkepit dengan telefon pintar tanpa mempedulikan orang di sekeliling. 

Tiada sapaan kepada suami atau isteri di penghujung hari, tiada gurauan dengan anak-anak, tiada perbualan dengan rakan-rakan di tempat kerja.

Berhenti sebelum parah! Media sosial tidak akan membantu anda memperbaiki emosi, sebaliknya kajian yang dilakukan Holly Shakya dari University of California dan Nicholas Christakis (University Yale) mendapati mereka yang suka memberikan ‘like’ di Facebook lebih cenderung mempunyai masalah mental.

Keputusan ini ada diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology. 

Jadi, bersosiallah. Luangkan masa dengan insan-insan tersayang setiap hari. Duduk, makan dan berbual-bual. Tinggalkan telefon pintar ada seketika. Tetapkan garis masa. Mungkin selepas jam 9.00 malam, telefon pintar boleh dijauhkan. Memang tidak mudah, tapi pasti boleh dilakukan jika anda komited. 

Gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden