Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Perkara Harus Tahu Jika Masuk Hutan

Ketahui langkah-langkah keselamatan serta petua yang disarankan ketika berada dalam hutan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 11:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, pada 2021 Malaysia mempunyai 55.3 peratus kawasan perhutanan dengan pelbagai jenis sumber asli yang perlu dipelihara. Ini kerana Malaysia merupakan antara ekosistem yang sangat subur permukaan muka buminya. 

Jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai penggemar alam semulajadi yang suka memasuki kawasan hutan untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam. 

Namun, tahukah anda apa langkah-langkah keselamatan serta petua yang disarankan ketika meneroka hutan?

Hari ini segmen refleksi berkongsi lima perkara yang anda harus tahu ketika hendak masuk hutan. 

Gambar: Alodokter
Gambar: Alodokter

Serbuk Belerang

Serbuk ini adalah satu bahan kimia atau mineral yang banyak ditemui di gunung berapi. Belerang atau nama lainnya sulfur adalah salah satu perkara yang wajib dibawa ketika masuk ke dalam hutan.

Selain berfungsi sebagai ubat untuk sesetengah penyakit, belerang yang kebiasaannya berwarna kuning juga berfungsi sebagai penghalau haiwan berbisa di dalam hutan. Serbuk ini boleh digunakan ketika anda sedang berehat di sebuah kawasan dan menempatkan khemah untuk bermalam di hutan.

Waktu yang sesuai digunakan adalah ketika malam menjelma dan tiba waktu tidur. Taburkan belerang disekeliling khemah dan dalam kasut serta stokin anda. Ini bagi mengelakkan serangga atau haiwan berbisa seperti ular, labah-labah dan sebagainya memasuki kawasan anda. 

Gambar: Mark Mcgregor, Unsplash
Gambar: Mark Mcgregor, Unsplash

Sumber Air Bersih Sungai Deras

Sumber air sangat penting apabila memasuki kawasan hutan kerana banyak perkara yang dilakukan memerlukan penggunaan air yang bersih seperti mengambil wudhu buat yang bergama Islam, air untuk dimasak atau untuk bekalan diisi dalam botol.

Terdapat banyak kes di Malaysia melibatkan penyakit air kencing tikus yang dijangkiti oleh individu yang minum air sungai. Air sungai mungkin mengandungi air kencing haiwan liar. Bagi mengelakkannya, ambil air yang hendak digunakan untuk minum atau masak di tengah kawasan aliran sungai yang deras.

Air sungai dari kawasan aliran yang deras lebih diyakini bersih untuk digunakan sebagai minuman kerana permukaannya sentiasa mengalir dan tidak terkumpul di satu tempat.

Gambar:  Instagram @salina_wajid 
Gambar: Instagram @salina_wajid 

Kesan Tanda-Tanda kepala air

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Kebanyakan peneroka hutan sering berhenti dan berehat sebentar untuk menikmati air yang sejuk ini untuk membersihkan diri dan bergambar. Namun perlu diingatkan, semasa berada di dalam sungai, pastikan anda peka dan mampu mengesan tanda-tanda kepala air. Jika anda mengesan perubahan paras air naik sehingga lima kaki kurang daripada 10 minit, pastikan anda segera naik ke tebing sungai kerana air yang laju sedang datang. Selain itu, jika kelihatan buih-buih putih halus terapung dipermukaan air dan terdapat daun-daun basah hanyut di kawasan tersebut, itu bermakna arus di bawah lebih laju dari atas. Kemudian jika air menjadi keruh dan bertukar warna kepada coklat, anda dinasihatkan keluar dari sungai dan tinggalkan kawasan tersebut kerana kepala air sudah hampir dengan anda. Peka dengan keadaan perubahan air sungai tersebut kerana situasi ini hanya mengambil masa lima hingga enam minit sebelum kepala air lalu di kawasan tersebut.

Tamatkan Aktiviti Sebelum Jam Lima Petang

Apabila anda bercadang untuk bermalam di tengah hutan, setiap perancangan dan masa untuk sampai ke kawasan bermalam perlu tepat. Sejurus sampai ke kawasan bermalam, pastikan segala aktiviti persiapan seperti memasang khemah, membuat tandas hutan, memasak, mandi dan seumpamanya dilakukan sebelum jam lima petang.

Ini kerana waktu gelap di hutan sangat berbeza jika dibandingkan di kawasan bandar. Kebanyakan hutan mula gelap dengan cepat apabila tiba jam lima petang. Ini kerana kanopi pokok hutan belantara yang tebal dan kedudukan condong matahari akan menenggelamkan cahaya kawasan hutan.

Selain itu, ia bagi mengelakkan anda daripada melakukan aktiviti pada waktu malam yang menghasilkan bunyi kuat dan mengganggu keadaan sekeliling. Tambahan pula, ia juga boleh menarik perhatian haiwan buas untuk menuju ke tapak perkhemahan anda.

Cukup sekadar membuat unggun api untuk menghangatkan keadaan sekeliling.

Gambar: YdyhHbWZ1V0, Unsplash
Gambar: YdyhHbWZ1V0, Unsplash

Berdoa Sebelum Masuk Hutan

Bagi umat Islam, kita dididik untuk membaca doa sebelum melakukan sebarang perkara. Jadi sebelum masuk hutan janganlah lupa berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran