web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Anjing Suruhan’, ‘Derhaka’ Antara Tuduhan Dilemparkan Kepada Azhar, PM Dalam Dewan Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 12:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kurang daripada 30 minit persidangan hari ini bermula Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun telah dikecam apabila pihak pembangkang mempersoalkan kesahihan sesi lima hari itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bertanya jika Azhar berat sebelah terhadap kerajaan dan bukannya kekal berkecuali ketika prosiding di Dewan Rakyat.

“Adakah anda anjing suruhan? Adakah anda anjing suruhan kerajaan? Anda memalukan Dewan ini. Anda tidak layak untuk duduk di kerusi itu. Letak jawatan!,” kata Ramkarpal.

Ini telah menyebabkan pihak penyokong kerajaan meminta beliau menarik balik komennya itu.

Perkara itu tidak menghalang Ramkarpal daripada terus mempersoalkan Azhar tentang kenapa pengisytiharan darurat dan ordinan-ordinannya tidak dibawa bincang di Parlimen.

“Kamu harus faham yang peraturan Dewan tidak boleh menggantikan perlembagaan. Adakan kamu menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa isu-isu ini untuk dibincangkan di Parlimen?

“Adakah ini agenda kamu? Jika ya, sila letak jawatan,” tambahnya, ditengah panggilan untuk beliau meninggalkan Dewan.

Penggubal undang-undang DAP itu juga berkata jika Speaker tidak mahu meletak jawatan, Ahli Parlimen pembangkang akan mengemukakan usul tersebut.

Muhyiddin ‘derhaka’

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula mendakwa yang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin derhaka kepada Yang di-Pertua Agong, yang menitahkan pada 16 Jun untuk Parlimen bersidang dengan secepat yang mungkin.

Beliau berkata Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, tidak memanggil Parlimen untuk bersidang dengan segera dan tidak membenarkan penggubal undang-undang untuk membahaskan Ordinan Darurat.

“Kami tahu YB Pagoh telah derhaka kepada titah Agong. Beliau tidak memanggil Parlimen untuk bersidang segera, dan sekarang mengarahkan Dewan Rakyat untuk tidak membahaskan ordinan-ordinan darurat. “

Ketika sesi pra-taklimat, penggubal undang-undang PKR itu berkata Azhar bertanggungjawab untuk mempertahankan Parlimen dan titah Agong.

“Tolong jangan melibatkan Parlimen dalam penderhakaan ini.”

Ini adalah hari pertama Ahli Parlimen berkumpul dalam Dewan Rakyat selepas pengisytiharan darurat pada 12 Januari. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad